Thursday, January 03, 2008

PERPISAHAN, PERTEMUAN DAN KETENTUAN ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim

Bulan lepas seorang sahabat saya terpaksa pulang ke Malaysia selepas pasport beliau telah dihilangkan oleh pegawai imigresen. Sedih betul hati ini, tidak tahu saya kenapa hati saya kerap tersentuh dan air di mata ini terlalu mudah untuk mengalir.

Walaupun saya dan dia mula bersahabat tidak terlalu lama, hanya lebih kurang setengah tahun yang lalu. Saya amat senang dengan sikap beliau yang tak banyak karenah, mudah dibawa berbincang dan amat memahami.

Hari ini kami perlu terima suratan bahawa perpisahan terkadang bersifat luar jangkaan. Siapa sangka yang benda begini akan berlaku. Nak minta pegawai Imigresen itu bertanggungjawab, jangan haraplah. Silap-silap kita juga akan dipersalahkan.

Dia juga terpaksa berhenti belajar kerana terpaksa pulang. ya lah, nak datang semula ke sini sekurang-kurangnya dua tahun kena berkurung dalam Malaysia (kerana jika pasport hilang begitu prosudernya, itu yang saya tahu) . tambahan pula tiket kapalterbang amatlah mahal.

Entah kenapa walaupun perpisahan ini hanya sementara, sekurang-kurangnya tiga atau empat tahun nanti kami masih boleh bertemu, hati saya amat mudah tersentuh.

Di sini saya hanya boleh berdoa agar beliau teruskan pengajian tak kira di mana sahaja berada dan janganlah berputus asa biar agak berat dugaan ini melanda. Ini doa saya. aamin ya rabbi.

Noktah.


Asalnya memang kami bercadang nak pindah. seperti janggkaan saya kami tak jadi pindah dan masih menetap di rumah yang lama. jadi, kepada Saudari Hazwani, tekaan anda salah. he he.
Mudah-mudahan belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru. Mudah-mudahan kita akan menjadi lebih dekat dengan Pencipta berbanding tahun-tahun lalu.

14 comments:

SoalHati said...

kesiannya dia..ujian Allah sesuai dengan kemampuan hambaNYA. kita as shbt, banyak2lah menyokong shbt kita tak kira apa jua situasi yg dia hadapi... mungkin rezekinya di tempat lainkan..manalah kita tahu...
allah's knows best!

hakim dirani said...

Ya, itulah yang saya harapkan. Terima kasih atas nasihat.

hayad said...

mmg sedih kalo berpisah dgn kawan2

Bunga Rampai said...

Salam,

Perpisahan yang tidak dijangka memang menyedihkan. Namun jadikan ia alasan untuk mengasuh hati agar lebih sabar dan redha.

Barangkali itu yang terbaik untuk sahabat Hakim itu.

Cuma, hairan juga macam mana passportnya boleh hilang di tangan imigresen.

Puteri said...

ustaz saya semasa dia belajar di yaman, pernah berlaku lebih kurang begini, ditahan imegresen dan dituduh berbahaya kepada kerajaan yaman. beliau terpaksa pulang ke malaysia. tak salah masa tu dah tahun akhir. hmm..

tapi ustaz cakap, nak buat macam mana. insya-Allah, ada hikmahnya.

lepas pulang, ustaz sambung di indonesia, kemudian menmgajar di maktab mahmud. sekarang, master di usm.

**************
tanpa pertemuan takkan berlaku perpisahan,
tanpa perpisahan tidak akan terjadi pertemuan.

achik said...

siannya.. sabor je la bila terpaksa terima akibat dari kecuaian org lain.. huhuhu..

blackpurple @ jowopinter said...

Laa... Kes macam itu pun ada ek. Kasihan.

2-3 hari lagi pun tahun baru. Selamat menyambut Maal Hijrah 1429 HD.

dugongsenyum said...

pertemuan itu adalah permulaan sebuah perpisahan.

hakim dirani said...

Hayad,
Sunguh.. sungguh.

Bunga Rampai,
Nak terangkan susah, tetapi saya dah tak begitu hairan kenapa boleh hilang.

Puteri,
Saya juga berharap dia tak putus semangat seperti ustaz anda.

Achik,
Yala, kita kena reda apayang menimpa.

BP,
Selamat tahun baru.

Dugung,
Ya lah, mana ada pertemuan tanpa perpisahan.

kingbinjai said...

selamat tahun baru

hakim dirani said...

Ya, selamat tahun baru juga untuki Bro King.

syauqah-el-wardah said...

Sedih bila baca kisah sahabat nta Hakim Dirani. Macam manalah boleh berlaku kecuaian begitu. Sedihnya...

Tak jadi pindah rumah la ni ye? Belum masanya lagi kot. Mungkin lepas ni akan pindah juga ke.. Mana tahu ^_^

Selamat tahun baru. Ameen. Moga kita lebih akrab dengan Allah SWT tahun ini dan seterusnya.

Anonymous said...

salam...
haha~awak saja je xnak update pasal pindah rumah.

bertemu dan berpisah tu perkara biasa dalam hidup. awak janganlah asyik nangis je~air mata lelaki jangan jatuh sia2 tau. tapi,kalau awak rasa menangis dapat menenangkan perasaan, awak menangislah ek..

care.

hakim dirani said...

Syauqah,
Janganlah doa macam tu.. :)

Hazwani,
Betulkah sia2