Tiga hari yang lalu saya buat yang kesekian kalinya telah berjaya menjejakkan kaki di tanah Bosra, Sebuah kesan bandar Rom lama yang menjadi tumpuan setiap pengunjung yang datang ke Syria.
Kami memulakan perjalanan sejauh 110 km pada jam 7.30 pagi dari Damsyik. Destinasi pertama yang dirancang ialah Kesan Peninggalan Rom di sekitar Bosra iaitu sebuah perkampungan di Negeri Dara’a.
Sebenarnya di Bosra terdapat banyak kesan Sejarah yang boleh dikunjungi, tetapi memandangkan masa tidak mencukupi kami hanya merancang untuk ke beberapa tempat yang kami rasakan agak penting. Tempat beribadat (gereja) Rahib Buhaira adalah destinasi pertama menjadi sasaran kami. Siapa Rahib Buhara? Beliau adalah seorang paderi yang bertemu dengan Baginda Rasulullah ketika Baginda datang bersama Abu Talib (bapa Saudara baginda) ke Syam untuk Berniaga (Syam ketika itu adalah gabungan 4 negara iaitu Syria, Lubnan, Jordan dan Palestin). Ketika itu Baginda masih kecil dan Buhaira mengenali Baginda dengan melihat tanda-tanda kenabian iaitu awan yang melindungi nabi dari sinaran matahari. Buhaira ketika itu meminta supaya Abu Talib membawa baginda pulang kerana takutkan musuh akan menyakiti Rasul.
Pintu ini juga ada sejarah tersendiri
Gereja Buhaira
Di dalam Gereja
Kediaman Buhaira
Seterusnya kami ke Masjid Mabrak An-Nakah. Jarak antara masjid ini dan gereja tadi hanya sekita 200 meter. Masjid ini dapat saya simpulkan mempunya empat kelebihannya:
1. Mempunyai kesan unta yang ditunggangi oleh Nabi Muhammad ketika Baginda datang ke Syam.
2. Rasul pernah bersolat di sini (mungkin Sembahyang ikut kaedah rasul sebelumnya kerana ketika ini Baginda masih belum diangkat menjadi Rasul).
3. Al-Quran pertama diletakkan disini untuk seketika sebelum dibawa ke Damascus.
4. Tempat Membesarnya seorang tokoh ilmuan terkenal Ibn Hajar.
Pintu masuk yang kecil
Kesan Unta Rasul
Pintu Kecil (mungkin Tingkap) untuk ke bilik Ibn Hajar
Kemudian kami ke satu Banggunan Teater yang dibina sekitar 512-513 M oleh pemerintahan Rom. Rasa saya Banggunan Teater ini satu-satunya banggunan yang masih tidak rosak berbanding banggunan sekitarnya yang seakan-akan longgokan dan susunan batu-batu buruk. Banggunan Teater ini disusun dengan batu-batu satu mester persegi tanpa mengunakan sebarang pelekat. Ketika era Sultan Salahuddin Al-Ayyubi, kubu ini diambil alih oleh kerajaan beliau di tangan adik Sultan sendiri iaitu Najmuddin. Kemudian beliau membaik pulih banggunan ini untuk dijadkani kubu tentera islam ketika itu. Kubu ini dilengkapi dengan dewan pementasan, Muzium, bilik air, bilik-bilik-bilik khas, tempat hukuman, dan lubang-lubang kecil sekitar kubu untuk diletakkan pemanah-pemanah.
Aziz sahabat yang turut serta.
Destinasi seterusnya ialah makam Rasulullah Ayyub alaihissalam. Perjalanan dari Bosra ke sana memakan masa lebih kurang 45 minit. Kemudian kami berehat di situ dan bersembahyang Zuhur dan Asar secara jamak.
Makam Nabi Ayob
Perjalanan kami teruskan ke Makam Sahabat Rasulullah Saad bin Ubadah r.a. (ketua kepada kaum Khazraj ketika hidupnya. Dan beliau meninggal tahun 14 Hijrah). Sebenarnya kubur beliau di Syria ada dua satu di sini dan satu lagi di Damascus yang mana satu benar Allah lebih mengetahui.
Kolam Nabi Ayub(bawah dan atas)
Berdekatan dengan Makam sahabat yang mulia itu terdapat satu kolam yang dipercayai kolam Nabi Ayub ketika ingin hilangkan penyakit yang menimpa baginda.kemudian baginda disuruh untuk menggunakan air kolam itu untuk membersihkan tubuh baginda (cerita ini juga diragui kebenarannya).
Makam Imam Nawawi ialah tempat tujuan kami yang terakhir. Ia terletak di perkampungan Nawa, tempat kelahiran beliau. Imam Nawawi ialah seorang tokoh ilmuan yang cukup terkenal. Beliau meninggal dunia ketika berusia lebih kurang 40 tahun. dikatakan kerana kesibukan beliau dengan ilmu sehingga tidak sempat berkahwin. Antara kitab karangan beliau ialah al-Azkar , Riadu as-Solihin dan Sharah Sohih Muslim.
Makam Imam Nawawi dibina sekitarnya tembok batu supaya menghalang sebahagian orang yang melakukan perkara bidah di kubur itu. Di tengah-tengah pusara ini tumbuhnya satu pokok besar yang tidak mempunyai daun.
Pernah diceritakan bahawa ada dua orang sahabat telah datang ke kubur Imam. Salah seorang dari mereka berdua lumpuh. Mereka berdoa supaya Allah menyembuhkan penyakitnya. Malam itu di dalam tidur orang yang berdoa itu nampak seorang lelaki datang mengubati kaki kawannya. Setelah terjaga dari tidur kaki kawannya benar-benar sembuh. Cerita ini tercatat di dinding tembok Pusara Imam. Kubur beliau
19 comments:
Great posting and nice phtos, hakim. Thank you.
have a good day
salam..
bestnya jalan2 di tempat bersejarah camtu.. :)
Salam ziarah
seronok dapat melihat sendiri peninggalan sejarah macam ni. Sultan Salahuddin Al-Ayyubi memang pemimpin yang punya visi.
Islam bersinar terang ketika seluruh benua eropah di dalam era kegelapan.
Salam.
Entri yang agak panjang tapi tak apa. Cerita dan gambar-gambar yang menarik. Saya suka.
Terima kasih kerana berkongsi cerita dan pengalaman perjalanan.
Pakcik David,
thanks for visiting me and have a good day
Achik,
Ya lah, tapi hujan baru di negeri sendiri lebih baik kan. saya tetap rindu malaysia.
Khairyn,
Saya setuju tu. tapi ramai orang yang kenal sekadar nama tetapi tak pernah mengenali ketokohan beliau. saya kgaum dengan anda yang punyai maklumat.
Blackpurple,
Terima kasih kerana menghargai. dan sama-sama.
melihat tempat2 bersejarah macam tu banyak memberi pengajaran ...
salam...hakim, awak wajib sediakan hospitality ntuk saya kalau saya bkesempatan g sana tau...tau..tau..
eyh, lupa plak...hakim, awak ni dulu sekolah mana ea masa 2ndary? budak masyid smka ke?
terima kasih kerana berkongsi... nak tunggu sas sampai sendiri ke sana, ntah bila... alhamdulillah, dapat juga melihatnya melalui gambar... terima kasih sekali lagi...
wah smpai hati masuk gmbr tak minta izin...hahaha...tp x apa sy x kisah pn...seronok g sana tp sejuk sgt la...pegang nasi pn x rasa...nnt kali kta g lg,byk lg y kta x g..
Beruntung sungguh. Inilah untuknya jauh berjalan, luas pengetahuan. Cemburu dengan kamu.
jauh perjalanan luas pandangan
Zino,
Sungguh, itu antara sebab saya suka pergi.
Hazwani,
ok, ok.
Tidak2. saya di kedah, pokok sena.
Sastri,
Sama2.
Uda,
Saya tahu anda akan izinkan.
Kak Ainin,
Terima kasih.
Kingbinjai,
Kadang2 tak jalan jauh, tapi luas permandangan juga. he he
bestnyer jln2! jeles!!! :D
salam,
apa nama tempat yang gambarnya diatas Aziz sahabat kita tu?nampak macam pentas persembahan,maacam collesium mini pun ada jugak.
salam..besnya bila sy nak sampai ke sana
Hayad,
He he.
Buta Seni,
Memang pentas ini ialah pentas untuk teater Rom lama. masih elok hingga sekarang.
Arsaili.
Saya doakan anda sampai juga satu hari nanti, amin.
Salam,
Sangat menarik! Terima kasih entri ini.
Bunga rampai,
Terima kasih juga kerana anda menghargainya.
Post a Comment