Wednesday, August 23, 2006

PEREMPUAN

Saya amat bersyukur kerana saya dipilih oleh Allah untuk belajar dan merasai hidup di negara ini. Sudah pasti kehidupan di negara orang ini mempunyai kelainan yang agak banyak dari Malaysia. Hari ini saya ingin menyentuh sedikit tentang perempuan di negara ini. Mungkin kita boleh dapati sedikit kelebihan perempuan di sini. Ini sekadar apa yang saya tahu dan saya lihat secara menyeluruh.

Apa yang saya tahu tentang perempuan arab Syria.

1. Berpakaian menutup aurat sapenuhnya.
Sekarang ni sudah agak ramai yang bertudung tapi berpakaian ketat. Kalau nak ikut peratus saya rasa Malaysia lebih ramai. Ada juga yang tak bertudung dan berpakaian sendat tapi biasanya bukan muslim.

2. Akhlaknya masih terjaga.
Saya tidak pernah melihat perempuan arab meninggikan suara, terhegeh-hegeh, terlompat-lompat, atau membuat bising di dalam kenderaan awam. Amat jarang sekali saya melihat perempuan arab berjalan dengan seorang lelaki yang bukan mahram. Jika anda melihat seorang perempuan arab berkepit dengan lelaki, biasanya itu abang atau adiknya.

3. Tiada yang berjalan di tengah malam.
Saya juga jarang melihat perempuan arab berjalan seorang diri di waktu malam.Paling kurang dia akan berjalan dua orang, tiga orang atau lebih.

4. Rupa paras yang cantik
Ramai perempuan di sini cantik-cantik. Ini perkara yang semua orang akan akui. Tak percaya? Datang lah dan lihat dengan mata sendiri. Itulah sebab nya pelajar lelaki di sini amat takut jika ada perempuan yang cantik dan berpakaian seksi. Perempuan Malaysia di sini 99% memakai furdah. Bagi saya perempuan arab lebih afdhal memakai hijab.

Jika ada seorang perempuan arab yang berpakaian seksi lalu di hadapan, lelaki di sini (muda dan tua.) Tak termasuk saya tak lepas pandang seperti melihat bidadari turun dari syurga.

Daripada apa yang saya dengar dari kawan kawan yang kulit perempuan Syria yang paling cantik. Saya tak pasti pula kerana saya tak pandai menilai antara kulit yang baik atau tidak.

Yang menariknya peminta sedekah juga cantik-cantik dan masih muda. Tentang peniaga jangan ditanya, itu sudah pasti. Satu lagi tentang peminta sedekah, mereka tidak hodoh tapi ada yang sengaja menghodohkan diri sendiri. Comot dan selekeh.

5. Selalu diutamakan.
Dalam banyak perkara perempuan diutamakan, jika seorang perempuan naik bas yang penuh akan ada orang yang beri tempat duduk kepadanya. Satu contoh saya rasa dah memadai. Apa jua urusan perempuan amat diutamakan.

6. Tiada yang bekerja diwaktu malam.
Tidak ada perempuan bekerja di waktu malam secara umum nya., mungkin ada pekerjaan yang memerlukan perempuan sahaja. Seperti jururawat, doktor dan sebagai nya.

Dan jika diperhatikan tidak banyak perempuan yang berkerja. Kerana di sini perempuan lebih banyak tinggal di rumah dari bekerja.

7. Tidak keluar jika ada tetamu lelaki di rumah.
Jika anda ke rumah arab, anda tidak akan lihat anak perempuan arab atau isterinya keluar ke kawasan anda berada. Apatah lagi dalam berkeadaan berkemban. Kerana adalah menjadi aib kepada keluarga tersebut jika anak perempuan atau isteri tuan rumah berkelakuan begitu.

8. Kos perkahwinan yang tinggi.
Kos yang tinggi termasuk: kenduri, apa yang saya tahu kenduri kena buat tiga kali. Mahar: saya pernah sekali ikuti majlis akad disini. Lebih kurang RM 20,000. Tapi baru sekali saya ikut.

Jadi siapa yang rasa tak berkemampuan simpanlah angan-angan untuk berkahwin dengan perempuan arab. Tapi bukan lah semua orang mahar nya tinggi, cuma sebahagian.

9. Berkahwin dengan kerabat.
Keluarga arab lebih suka jika anak perempuan mereka berkahwin dengan yang ada hubungan persaudaraan. Ini adalah untuk menjaga keselamatan daripada malah kahwin lari dan sebagainya.

10. Tak guna wangian yang keterlaluan.
Hidung saya tak pernah “ditumbuk” oleh minyak wangi perempuan di sini. Saya tak pasti mereka memakai minyak wangi atau tidak.tetapi yang saya pasti tak bau apa-apa apabila berdekatan dengan mereka.

Hari ini dalam pemerhatian saya sudah ramai yang terpengaruh dengan budaya barat. Jika tidak kepada mereka, dibiarkan anak-anak mereka berpakaian ala barat. Jadi tidak hairan lah jika kita melihat seorang ibu yang berpakaian mengikut islam bersama anak yang berpakaian ala barat di sini.

Hari ini mungkin masih kurang, tetapi pada masa hadapan perkara ini akan menjadi lebih parah jika ia dibiarkan dan tidak diambil perhatian yang serius.

19 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

wa bestnyer dapat duduk kat syria.boleh kenal budaya orang.dan juga orangnye..

by the way,
timer kacih jenguk my blog.hmm..nanti ade masa free saya explore ur blog.cam menarik jer...tapi keje kat opis banyak pulak...

Wan A. Rafar said...

Assalamu 'alaikum,

Saya rasa sifat-sifat perempuan Arab yang sdr ceritakan hampir sama dengan perempuan India Muslim yang saya temui di Mumbai dan Delhi. Mereka nampak sopan, bertutup dengan pakaian berwarna hitam, tidak berjalan berseorangan, apatah lagi waktu malam. Barangkali perempuan Malaysia lebih hebat - sudah ramai yang tak bertudung, berani melompat-lompat dan menjerit terutama waktu menonton konsert, termasuk konsert Mawi.

Anonymous said...

Salam ukhuwah dari saya.

Betul, perempuan arab memang bagus. Perempuan arab memang bersopan santun. Saya setuju!

Tapi hakimi, cuba-cuba la 'skodeng' masa kenduri kahwin geng-geng arab. Jangan skodeng untuk pihak lelaki, skodeng lah dalam majlis untuk perempuan.

Disitulah dapat kita lihat perwatakan perempuan arab.

Tapi, tak semua.

ufukhati said...

Sdr.hakim,

Informasi yang ditunggu-tunggu. Sdr.banyak pengalaman di Syria, negara yang begitu lama tamadunnya.

Teruskan memberi maklumat.

hakim dirani said...

Mr Penyubiru,
Di sini memang boleh kenal budaya mereka dan kena sabar dengan karenah mereka.

Pak Wan,
terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dengan saya.

Saudara mohd fairuz,
ikuti boleh la, itu pun kalau diajak.

Pak Darma,
Terima kasih, memang banyak kesan sejarah. mudahan saya dapat manfaat darinya.

dhuat79 said...

beruntunglah kalau dapat nikah dgn awek arab :)

~albazrah~ said...

Assalamualaikum

Bestnya boleh ngaji kat Syria.. kalau jumpa Sheikh Said Ramadhan al-Buti atau Wahbah Zuhayli...kirim salam na...

Betulka... mata orang kat sana hijau? hehe

Kawasan mediterenian, memang best...sebab tu semua orang nak berebut...bumi Syam

Nissa' Yusof said...

salam ukhwah dai saya juga

Anonymous said...

Saya seronok membaca kisah perempuan Arab. Semasa di Wales, kami sekeluarga bercampur-bermesra dengan keluarga Arab. Isteri saya cukup mesra dengan kaum wanita Arab. Sehinggakan majlis persendirian mereka turut disertai oleh isteri. Isteri saya terkejut besar melihat gelagat mereka, jubah di luar tetapi begitu seksi di dalam. Mereka menari dan menari dengan penuh kegahirahan. Betul, mereka semua cantik-catik.
Saya fikir itulah cara yang betul, bergembira sesama mereka!

syauqah-el-wardah said...

bermacam-macam ragam manusia. setiap tempat punya budaya sendiri. berkenal-kenalanlah agar kita saling melengkapi..

bersyukurlah kerana berpeluang merantau jauh mencari ilmu dan menimba pengalaman.

terima kasih atas ziarah ke blog saya...

wassalam

hakim dirani said...
This comment has been removed by a blog administrator.
hakim dirani said...

Kak Noor Azma,
waalaikumussalam.

InsyaAllah.

betul. ada juga biru dan koko.
itu yang menambah kecantikan mereka.

saudari nissa' yusof,
sama-sama.

saudara mka,
terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dengan saya.

Saudari Syauqah,
doakan saya sentiasa mensyukuri setiapa nikmat yang Allah berikan.

Sama sama

rozais al-anamy said...

Akhi Hakim,
Terima kasih atas perkongsian pengalaman tersebut. Sesuatu yang baru sebab sebelum ini saya mengenali perempuan-perempuan Arab yang kasar dan ganas sifatnya. Mungkin yang datang ke sini (Malaysia)agaknya. Di UIAM sendiri pun kami tak berbahasa sangat dengan mereka kerana tak suka nak bergaduh dengan sikap ego dan kasar mereka (bukan dari Syria).

m.q said...

salam, syoknya dpt lihat tpt org n kenal budaya org.
all da best 2 u !!

Anonymous said...

Salam, Jauh perjalanan luas pemandangan tapi jangan terlebih pandang...

hakim dirani said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

wanita syira memang terkenal dengan lembut dan cantikanya

ana ada juga sahabat dan suadra kandung di syiria.

namun bg ana, secara khusus setiap uak etnik dan suku juga bangsa arab mempunyai keistimewaan tersendiri, bila kita mengklasifikasikannya dan menjadikkan penghalang untuk bersahabat dengan mereka bagi perempuan dengan perempuan maka di situ kita kehilangan peluang akrab dengan budaya lain.

Bagi ana, kasar atau tak, masing2 semuanya ana suka

hakim dirani said...

Ukhti Rozais,
Saya juga selalu dengar tentang perempuan arab. saya rasa betul seperti ukhti kata, iaitu bukan perempuan Syria.

Saya tulis berpandukan apa yang saya lihat. saya tidak rapat dengan mereka. jika ada kesalah harap maaf.

Cahaya Hati,
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.
betulkah peribahasa yang saya tulis ni.

Saudari Aslina,
Terkadang tak sengaja nak buat macam mana.

Nai,
saya setuju pendapat anda.

Nazhatulshima N said...

Salam,
Menarik baca pengalaman di sana. Baru hari ini sempat saya beri komen di blog Hakim. Baru habis kelas selama 8 jam hari ini. Sekarang merehatkan minda membaca blog.

Agaknya kenapa mereka boleh kekal bersifat begitu, ya? Adakah kerana didikan , pegangan teguh, tiada pengaruh barat?