Saya lihat seorang polis menahan pemandu teksi. Dikeluarkan buku saman dari poketnya, benar-benar mahu menyaman pemandu teksi itu.
"bohong" ujar saya seraya tersenyum.
Seperti yang saya jangka pemandu teksi cepat-cepat menarik tangan polis yang pegang buku saman, belaku sedikit pertengkaran. polis itu seperti meminta sesuatu dari pemandu teksi. pemandu teksi seperti mencari sesuatu di dalam keretanya, kemudian diserahkan kepada polis yang masih pegang buku saman.
Terus sahaja saya berlalu dari mereka, adegan seterusnya sudah diketahui.
Polis itu memeriksa lesen memandu. tanpa sedikitpun memaniskan muka dia mengambil "sesuatu" dari lesen itu dengan segera memasukkannya ke dalam poket. dengan muka tak bersalah dia nasihatkan si pemandu agar jangan melanggar undang-undang jalanraya.
pemandu teksi mengangguk seperti anak yang berlakon di hadapan ayahnya.
Kejadian seperti tadi terlalu biasa di sini. Ho.. ho.. saya tak mahu kerana 50 lera ( 3.60 sen) saya menjadi ahli neraka. Tak berbaloi.
Mudah-mudahan kita sama berasa insaf.
3 comments:
Salam Hakim
Kalau boleh nak dengar cerita luar biasa dari sana, cerita biasa di sana mengingatkan apa yang dah jenuh berlaku di sini...
Wanita di Syria bagaimana ya? Adakah 'biasa' macam kami di sini atau ada sesuatu yang 'luar biasa'?
Apapun, pengalaman di bumi asing amat mahal sekali, jadi bila kelapangan, catatkanlah perkara yang luar biasa yang tak biasa di sini..ye..
Wasallam
ni student lagi ke ni? wah wah wah best belajar luar negeri.
tulislah cerita menarik di sana.
waalaikumussalam.
puan noraini,
insya-Allah saya akan ceritakan jika ada kelapangan.
saudara dugong,
tentulah best.
terima kasih semua kerana sudi ziarah saya,
Post a Comment