Sunday, October 12, 2008

YA ALLAH, APA YANG BOLEH KUBANTU?

Semenjak saya pulang ke tanahair bulan lepas, saya selalu berjalan ke rumah kawan-kawan yang telah sekian lama kami terpisah. Masa itu kami sering bertanya khabar. jika kawan-kawan saya di sini akan bertanyalah tentang kawan-kawan di Syria. Saya pula, akan selidiklah tentang kawan dan sahabat yang saya belum jumpa. itu normal bukan? bertanya khabar.
Ini apa yang sebenarnya saya nak cerita,
Semasa sedang bersembang dengan beberapa orang sahabat, saya bertanya tentang seorang junior di sekolah lama saya kepada seorang sahabat yang kebetulan sekampung dengannya. katalah namanya Ri (bukan nama sebenar). Saya benar-benar terkejut bila saya dapat tahu kisah Ri. begini kisahnya:
Ri pada tahun 2003 kalau tak salah ingatan saya pernah tinggal sebilik dengan saya ketika kami bersama-sama di sekolah dahulu. ketika saya berumur 16 tahun dia baru berumur 13 tahun. kiranya saya ini agak rapat dengan Ri ketika itu. walaupun tak banyak tapi ada beberapa perkara dia ada juga mengadu kepada saya, mungkin ketika itu saya selaku ketua di bilik yang kami duduki. adakala, bila dia begurau dengan saya agak kasar, siaplah dia saya ketuk kepalanya.
Ri, dulu juga seorang yang sopan dan sangat lemah lembut. kalau dalam bermuamalat sesama kawan-kawanya saya yakin semua orang senang dengannya. guru-guru juga, jika ingin menghukum, biasanya kesalahan biasa-biasa sahaja yang Ri lakukan. Ya, anda tentu dah dapat bayangkan apa yang saya nak sampaikan bila saya ceritakan kisah lampau Ri.
Hari ini Ri bukan lagi Ri dahulu, dia bukan lagi apa yang saya pernah kenal. Jika dulu Ri adalah watak yang sangat-sangat disenangi, hari ini tidak lagi. Ri hari ini sering diburu dan dicerca oleh ramai orang, termasuk polis, samseng dan orang kampung. Saya hampir menangis bila saya mendengar kisah Ri.
Mudah-mudahan kita dapat mengambil iktibar dari kisah Ri.
Saya dapat tahu, dua tahun lepas akibat dari ketagihan dadah Ri mengugut ibunya. Ri letakkan pisau di leher, dan hampir-hampir benar membunuh ibunya. memang kerja gila. polis kemudiannya membawa ke pusat pemulihan. itu bukan kali pertama dia dibawa oleh polis, tapi sudah beberapa kali.
Sebelum ini juga dia dicekup polis dek kes rogol anak dara orang. mungkin mereka ini lebih kepada zina, bukan rogol. tapi kerana ketika itu masih di bawah umur dia dikira kes rogol. Keluarga perempuan itu menarik balik laporan polis bila ayah Ri memujuk dan berjanji akan kawinkan Ri dengan perempuan tersebut. Ri, oh Ri. Ri pula enggan kawinkan budak perempuan itu dan akhirnya kes ini kembali menjadi kes polis. hingga hari ini juga, kes ini masih belum selesai.
Saya sentiasa bordoa agar Ri yang saya anggap sebagai adik ini segera bertaubat.
baru ini selepas adakan rumah terbuka sempena raya, makcik ini sedang berkemas di halaman rumah. Kemudian dia disapa oleh orang yang mengkui dari syarikat khemah yang disewa makcik itu. tapi tak sempat berbuat apa-apa makcik itu diragut dan mereka terus melarikan diri. Dari apa yang makcik itu ceritakan, dari watak dan pengenalan peragut itu, orang ramai menuding jari kepada Ri dalam kes ini. ini kes terbaru. baru seminggu dua ini.
Apa punca Ri jadi begini?
Kawan-kawan beritahu yang ayah si Ri ini terlalu manjakannya, sebut sahaja apa yang dia inginkan, mesti dituruti. ketika kes kes yang saya sebutkan di atas., ayahnya masih membelanya. masih percaya kepada anaknya ini.
Kawan-kawan juga ada beritahu yang di antara punca juga ialah pengaruh kawan-kawan yang yang liar. Saya pula tak sepenuhnya sama pendapat dengan mereka. Ada juga yang punya kawan yang liar dan punya keluarga yang sentiasa menuruti permintaan, tapi tak jadi macam ini pun. walaupon ada benar apa yang mereka katakan tetapi bagi saya kesalahan ini Ri perlu bertanggungjawab sepenuhnya. Tak boleh salahkan sesiapa.
Ya Allah, apa yang boleh saya bantu dia.

17 comments:

Anonymous said...

iktibar besar untuk kita semua, sdr. salam kunjungan & syawal.

www.salinaibrahim.blogdrive.com

blackpurple @ jowopinter said...

Salam.

Semoga Ri diberi petunjuk oleh-Nya. Amin.

teddi said...

hai salam
emm kita doa kan semoga ri kembali ke jalan yang benar

Mardihah said...

saya menatap blog ini, banyak pengalaman dan pengajaran boleh dipelajari. Pengalaman akan mendewasakan, bukan. Dihah doa semua dipermudahkan dan roh abah dicucuri rahmat...biar di lain entri ya. semoga sentiasa berkelapangan..

amin

pohon link blog hakim-dirani

mardihah

hakim dirani said...

puan salina, BP, Utopia dan mardihah.
aamin. kita harap Allah membawanya ke jalan yang benar.

Mardihah, terima kasih ya.

link tu dipersilakan.

Puteri said...

diri sendiri yg utama.
faktor pgaruh kawan dan kluarga adalah sumber kedua yg mrangsang.
itulah pyebab.

dampingi dia,.
teguri dia.

dia mmpu brubah kmbali.

achik said...

salam aidilfitri..

oh, dah balik M'sia rupanya.. :)

mudah2an Ri kembali ke pangkal jalan.. insya-Allah..

arsaili said...

salam..semoga ri mendapat hidayah drNYA...manusia berubah..semoga kita berubah ke arah kebaikan

Bunga Rampai said...

Salam Hakim,

Hakim kena terus berkawan dengan Ri kalau mahu membantunya. Kena berlembut, kena mendengar, kena memahami jiwanya. Ri perlu bimbingan. Dalam santai kembalikan keyakinannya untuk menjadi manusia baik.

Usah mengharapkan perangai Ri pulih sekelip mata. Teruskan usaha. Sekurang-kurangnnya kita telah melunaskan tanggungjawab kita sebagai khalifah membantu insan lain.

*Lama lagi cuti? Pasti dah hebat memasak sekarang! :)

tintaHati said...

Kamu suduh bertemu dengan Ri belum? Masa jumpa dia buatla memori flashback. Puji dia dengan kebaikan dia yang kamu kenali dahulu. Kata balik msia ni nak jumpa dia sebab tentu seronok kalo sama2 dpt belajar kat sana....huhuhu....apa agaknya reaksi dia. tentu ada sedikit malu+segan. Tapi, sedikit sebanyak akan membuat dia terfikir dan memikir. Kita doakan semoga Allah beri petunjuk n hidayah pd dia. Jgn terus sisihkan org mcm ni. Tapi, awas! jgn sampai kamu dipengaruhinya.

zino said...

semuga RI kembali ke pangkal jalan.. bantu lah di mana termampu..dia memerlukan bantuan sekarang ni..

teddi said...

emm awk xnak update ke...

Anonymous said...

salam hakim....masih ada orang yang mahu membantu, walaupun bukan mudah untuk membantunya..

it comes from the heart. buatlah macamanapun, andai hati itu penuh dengan titik hitam, mana mungkin mampu berubah..

yups, dekatilah hatinya, mungkin boleh jumpa pintu ke sana..
anyway, saya terstumble up and terjumpa blog farid. saya baru je tau dia tu adik awak.what a small world.

Sheeta dari Laputa said...

Kesian dia... Tapi semua perkara terjadi dengan hikmahnya... Moga perkara ini kan terus menjadi iktibar utk masyarakat yang lainnya...

hakim dirani said...

Rakan sekelian, sila ke entri selepas ini, kisah R.

Anonymous said...

apa da jadi dengan RI?

Anonymous said...

dah kuar penjara ke belum?