Saturday, May 05, 2007

PINDAH RUMAH

Bulan lepas, Hakim Dirani telah mencatat satu rekod kecil, iaitu tinggal dalam satu bulan sebanyak tiga rumah. Rekod ini saya doakan biarlah kami sahaja yang buat, orang lain jangan. Seksa!.

Bila difikirkan kembali sebenarnya ini hanyalah sedikit cabaran untuk penuntut ilmu seperti saya. Dalam makna yang lain kalau ujian banyak ini pun tak tertanggung macam mana nak menghadapi yang lebih berat lagi. Saya cuba lihat macam mana orang-orang dahulu menuntut ilmu, berganda lebih susah dari apa yang kita jangka.

Alhamdulillah saya syukur sekarang masalah ini sudah tiada. Nampak gayanya selepas ini saya boleh menumpukan sepenuh perhatian untuk mengulang kaji pelajaran, memandangkan peperiksaan yang dah dekat ini.

Bagi saya juga, di mana juga kita belajar tentu ada susah senangnya. Mungkin di Syria begini masalahnya. Di tempat lain berbeza pula ujiannya. Yang pasti, dalam belajar perlu banyak bersabar. Itu yang terpenting.

Mohammad kawan saya ada beritahu ketika saya baru sampai di Syria “kalau tinggal di Syria wajib pindah rumah tiga kali” Nampak gayanya betullah tu apa yang dia katakan. Rumah yang saya tinggal sekarang ini sudah rumah yang keempat.

Habis cerita.

SAKIT MATA

Kepada sesiapa yang ingin datang ziarah atau belajar di sini saya beri peringatan atau nasihat kepada anda. Supaya sesiapa yang nak datang sini dapat membuat persediaan yang secukupnya. Persediaan Iman.

Sekarang ini musim panas dah bermula. Kerana sekarang musim panas, sebahagian gadis-gadis di sini sudah mula memakai pakaian yang agak keterlaluan kalau nak di nisbah dengan pakaian yang di benarkan oleh syariah. Sehinggakan ada seorang teman cakap musim panas ialah musim peraga fesyen atau peraga tubuh. Itu cakap seorang teman.

Tak cukup dengan pakaian yang ketat, ditambah dengan memperlihat sebahagian dari tubuh memang memeningkan kami yang ternampak. Itulah sebabnya saya minta sesiapa yang nak datang sini buat persediaan. Macam mana nak buat itu fikir sendiri, saya tak tahu.

Saya rasa masalah ini setiap negara ada, termasuk Malaysia sendiri. Jadi saya ceritakan ini sebenarnya bukan untuk pengetahuan sebenarnya, walaupun ada sedikit nak beritahu, tetapi untuk nak kurangkan sakit kepala saya dalam menghadapi masalah ini. Mudah-mudahan dengan sedikit saya ceritakan kepada anda, saya akan rasa masalah ini sedikit berkurang.

19 comments:

Achik_Sufi said...

siannye die...tuela, tidur x bace doa ( ade kene mngenake..?)takziahla buat hakim dirani...dahla kene pndah randah, nak dekat exam lak...sian...sian...takziah lagi sekali. rumah dah ok ke...?

Anonymous said...

moga sentiasa tabah dalam menghadapi apa jua dugaan yang melanda dan berjaya dalam imtihan nanti hendaknya..

salam balas kunjungan.. :)

~albazrah~ said...

Hakim...kesinnya kena berpindah randah. Tapi tak pe...hijrah selalunya membawa perubahan

Lagi satu, kukuhkan kuda2.. nak pertahan iman...aduss...

ini lagi kesian... kak ma teringat cerita hakim bidadari syurga yg turn ke dunia...

hakim dirani said...

Achik,
Memang takde kena mengena.
:)

Indah sakura,
Terima kasih

Kak Azma,
Terima kasih atas nasihat.

kingbinjai said...

kau suruh je dia bogel!

Unknown said...

agak2 bagus tak kalau aku ke sana? ko pn tau kan aku ni macamana..hehehe...aku cuba berubah, bro!

achik said...

mak aih sampai 3x pindah dlm sebulan.. jenuh betul..

dugaan di musim panas.. jaga2 mata tu.. :)

Unknown said...

bab pindah - dugaannn...

bab mata - cobaaannnn...

CerminDiri said...

salam kehidupan,
rumah kali ni besar ketak?.....buat tumpang bermukim musim cuti nanti.

hakim dirani said...

Kingbinjai,
Nanti saya cuba.

Azzam,
Boleh2

Achik,
ya,
Saya sedang berusaha.

Cik Kema,
Sungguh.

Cermin Diri,
Ahlan wa sahlan

INDERA KENCANA said...

Hmmm... saya kira Hakim sudah patut berkira-kira mencari seorang calon isteri.

hakim dirani said...

Indera,
He he. :)

Anonymous said...

bab tu yang mat saleh cakap "less is more".

sabor le ye..

Unknown said...

ye..ye..dah hapdet..dah hapdet..

Iman Mawaddah said...

Salam,

Semoga pahit gentir yang diharungi akan manis jua akhirnya.

hakim dirani said...

NBB,
Ya, tengah sabo la ni. :)

Azzam,
ok

Iman,
Itulah yang saya harap-harapkan. insyaAllah.

Bunga Rampai said...

Salam,

Rekod tu masuk tak dalam Buku Rekod Malaysia?

Musim panas - banyak yang panas dan memanaskan...

Unknown said...

ye..ye..dah hapdet lagi!

hakim dirani said...

Bunga Rampai,
Belum lagi.

Azzam,
Haa!