Tuesday, April 10, 2007

ORANG NORMAL KENA TAG

Secara jujurnya saya ini seorang yang normal. Boleh dikatakan langsung tak ada keanehan pada diri saya. Sejak kena tag dengan baru-baru ini, saya mula mencari apa yang aneh, apa yang pelik yang ada pada diri.

Hanya ini yang saya jumpa,

1. Tulisan saya sangat hudoh berbanding orang lain. Sebenarnya saya juga tak perasan yang tulisan saya sangat teruk. Tetapi, setelah dinilai oleh beberapa orang kenalan dan guru, saya kena juga menerima hakikat yang tulisan saya agak teruk sehinggakan orang tak faham apa yang saya tulis. Yang lebih memeningkan saya juga terkadang tak jelas apa yang saya tulis. Celaru, celaru.


2. Jangan sekali-kali saya nyatakan yang saya ini hebat berbanding orang lain. Jika saya nyatakan yang saya lebih dari seseorang dari satu sudut, biasanya kelebihan itu Allah akan tarik dari saya serta merta. Sebagai contoh, saya minat bermain catur. Ramai kawan cakap saya ini pandai main catur. Itu tak jadi masalah. Katakanlah saya cakap saya ni memang pandai main, maka dengan serta merta perlawanan selepas ini saya akan kalah. Tak tahu kenapa. Hakikatnya ini kerja Allah. Satu lagi pengalaman di sekolah dahulu, saya cakap kepada seorang kawan yang di timpa demam yang saya ini hebat, jarang sekali terkena demam. Selepas beberapa hari terus saya di timpa demam yang agak kuat. Saya syukur Allah terus peringatkan saya.


3. Biasanya jika saya membuat suatu tekaan ia akan salah. Saya ingat ini kebetulan. Tetapi bila 20 kali tekaan, dua atau tiga kali sahaja yang betul saya rasa ini memang aneh. Sehinggakan jika nak buat satu tekaan saya akan pilih yang bukan pilihan.


4. Saya adalah pelajar agama dari kecil, dari baru nak tumbuh gigi. Tapi sayang sehingga hari ini kelihatan segala ilmu yang saya belajar sangat sedikit saya laksanankan dalam kehidupan. Sungguh mengecewakan.


5. Kawan-kawan terkadang menegur saya apabila melihat saya senyum sendiri. Tak ada apa yang lawak pun ketika itu. Ya, ini juga satu keanehan yang ada pada saya sebenarnya. Saya senyum kerana ada peristiwa-peristiwa lawak atau lucu yang singgah di benak ketika itu. Itu sebab saya senyum.


6. Saya sebenarnya agak tidak betah dengan perempuan (bukan mahram) yang saya kenali. Mungkin saya tak diajar bergaul dan bersembang dengan perempuan dari kecil lagi, sekarang saya agak kurang selesa kalau muamalat dengan sebahagian perempuan dengan lama.
Sebahagian manusia yang kurang mengenali diri saya akan nampak seperti biasa sahaja kelakuan saya yang aneh ini. Biasanya yang memerhati sahaja yang akan terperasan.
Anda jangan sangka saya segan bergaul hanya dengan perempuan yang memakai pakaian yang menjolok mata. Sebenarnya saya lebih segan dengan orang yang pakai pakaian yang tutup seluruh badan kecuali mata.

Saya minta maaf kerana lambat nak kemaskini blog ini. hari baru sempat buang sawang. puas hati rasanya. Sebenarnya sibuk pindah rumah, itu sebab tak sempat kemaskini. Ini alasan.

20 comments:

BaYu SenJa said...

bayu akui tulisan hakim memang layak dikaji pengkaji tamadun...
mungkin hasilnya dipercayai milik orang zaman batu dulu :)

zino said...

tulisan teruk asal tuan yg menulis boleh baca ok lagi.. jangan sampai sendiri pun tak paham berat tu..hehe

maknaya jangan sesekali membangga diri.. dengan serta merta nikmat tu akan di tarik balik.. bagus le mcm tu.. kamimi akan menjadi seorang yg selalu merendah diri.. tapi jangan merendah diri dengan musoh!!

lagi banyak kita belajar lagi banyak yg kita tak tau.. teruskan menimba ilmu..

Bunga Rampai said...

Salam,

Apa juga kekurangan, pasti ada cara melebihkannya :)

Rumah baru ok?

blackpurple @ jowopinter said...

Senyum sendiri tidak mengapa, jangan ketawa sendiri nanti ditafsirkan lain pula oleh orang lain.. he he he..

Anonymous said...

Jangan risau
Pasti berjalan begitulah hendaknya..
Namun pasti ada yang mereka belajar sesuatu dari jalan ini

banggugar said...

salam,
tulisan itu bukan menandakan tuannya juga 'hodoh'..

(",)

elhamy said...

salam,boleh lalu tak?

INDERA KENCANA said...

Saya mempunyai persamaan yang cukup kuat dengan Hakim di para ke 2,3,4 dan juga 6.

Ada persamaan juga kita ini rupanya, ye!!

Anonymous said...

salam... tumpang lalu :)

hakim dirani said...

Bayu,
Anda memang memahami saya. :)

Zino,
Yang berat itulah masalahnya. kadang-kadang saya sendiri pening kepala nak membaca kembali. :)

Bunga Rampai,
Alhamdulillah, semuanya dah ok. :)

Blackpurple,
Ya, nasib baik saya hanya senyum. :)

hakim dirani said...

Alqasam,
Ya, mudah-mudahan.

Bang gugar,
Itu memang semestinya.

Elhamy,Cik Kema,
Ahlan wasahlan bikuma.

Indera,
Terkejut saya bila tahu yang kita mempunyai persamaan. nasib baik kita berdua ja. kalau lagi ramai dah tak pelik nanti. :)

Iman Mawaddah said...

Hehe akhirnya..sawang2 semua dah hilang maka terjawab la tag yang terhutang hehe.

P/S: Doktor pun tulisan tak lawa juga :)

Anonymous said...

Akhi;

Itulah falsafah hidup. Semoga kita sentiasa beroleh taufiq dan hidayahNya dalam segala kerja dan KERJA. :-)

Anonymous said...

aku pula,kalu ade sesuatu yg aku plan nak buat keesokannya atau minggu depan atau bulan depan,dan kalu aku war2 kan plan tu kat org lain,mesti plan tu tak jadi.kalu aku diamkan je,menjadi pula.mula2 aku ingat kebetulan,tapi banyak kali terjadi dlm hidupku.mungkinkah aku juga aneh orangnya.

Sastri said...

sas juga selalu kena mcm kat no.2... pernah pertama kali memandu kereta di Selangor ni, sas kata sas tere tak sesat so far, tapi segera sas beristigfar, menarik balik kata2 itu sbb ras bersalah dan takut riak... tak lama lepas tu sas sesat... dalam hati, haa, padan muka sendiri, tu laa, cakap lagi camtu... sejak tu sas selalu berhati2 walau kata2 itu tidak dituturkan, cuma dalam hati...

Anonymous said...

keanehan yg janggal iaitu rasa malu berbicara dengan yang kelihatan nampak mata. Maka, Allahuakbar ianya anugerah Allah dan memartabatkan wanita!

Ilham Purnama said...

Salam..akhirnya hakim membersihkan sawangnya dan didoakan semoga aman damai sentosa bahagia di "mahligai" baru anda walaupun sudah ada spekulasi yang menyebut hakim akan berpindah lagi. Dan semoga ceria dengan rambut ala-ala Mawi, tiru bayu ka?

CerminDiri said...

salam kehidupan,
hakim....kenapa lama sangat tak update blog.Ada musykilah yang boleh dikongsi bersama ke?....

syauqah-el-wardah said...

saya juga selalu tersenyum sendirian. tapi setakat ni, belum ada yang mempersoalkan kenapa senyum sorang-sorang. agaknya memang saya ni dah dikenali suka tersenyum kot.
teringat sesi muhasabah antara exco kelab dulu. muslimin rata-rata mengatakan first impression mereka, saya ni garang.
(1st impression je..kalau dah kenal, tak pun)
hmm muslimat kata, saya ni happy go lucky.
jadi, apa maknanya tu? hipokritkah jika saya begitu? saya rasa tak. tapi apa pandangan ustaz HakimDirani dan shbt2 yg lain?

hakim dirani said...

Iman Mawaddah,
Tetapi ada satu lagi.

As-sarawaki,
Ameen. itulah yang diimpikan oleh kita semua.

Mr penyubiru,
Seakan sama pula kita.

Sastri,
Pengajaran dapat juga saya ambil dari cerita ana itu, terima kasih.

Alqasam,
Ya, Ciptaan yang sempurna an tiada cacatnya.

Ilham Purnama,
Saya tak minat Mawi. Tentang mahligai tu, rasanya tak mahu cakap apa lagi. nanti saya cerita.

Cermin diri,
Tak ada...

Syauqah elwardah,
Saya no komen. tentang pandangan orang tu, memang biasanya orang yang tak mengenali kita secara dekat akan menilai sekadar apa yang mereka tahu. :)