Sunday, November 05, 2006

RAYA DAH BERLALU

Pengajian dah bermula. Suasana dan kemeriahan raya dah habis. Keadaan kembali seperti dahulu. Pusat permainan juga dah tutup. Kami juga dah kurangkan ziarah-menziarahi. Rumah terbuka juga dah tak ada lagi yang sudi membuka. Ya, keadaan seratus peratus seperti sebelum raya.

Hari ini, kami sudah mulakan pengajian selepas cuti panjang dari awal bulan Jun lalu. Saya dalam sepanjang minggu lalu bersuai kenal dengan pelajar lain di dalam kelas kami. Kerana kami semua pelajar baru dan saling tak kenal antara satu sama lain, Taaruf sudah pasti menjadi satu kewajipan.

Sebelum saya ceritakan tentang pengajian saya yang baru bermula ini, saya nak ambil sedikit kesempatan nak cerita tentang apa yang kebiasaan arab Syria lakukan pada awal bulan Syawal ini.

1. Aid atau raya adalah hari yang paling ditunggu dan paling disambut dengan meriah oleh kanak-kanak. Bukan bererti orang dewasa tak meraikannya, tetapi kanak bagi kanak-kanak ia lebih bererti. Seperti di Malaysia juga kanak-kanak yang paling seronok.

Mungkin kerana berjaya cukupkan puasa selama 30 hari masyarakat Syria seperti memberi ruang yang luas untuk kanak-kanak bergembira, dibuat tempat permainan, hampir di semua tempat lapang ada sahaja pusat permainan. Sepanjang hari raya pertama sehingga hari raya kelima saya dapati kanak-kanak akan berpusu-pusu ke sana dengan pakaian yang cantik-cantik. Memang seperti hari untuk bergembira.

Untuk pengetahuan anda polis begitu ramai di sini, saya rasa mungkin kerana kanak-kanak di sini ramai yang bercita-cita nak menjadi polis bila dewasa nanti. Lihat sahaja ketika hari raya ini, begitu ramai kanak-kanak yang bermain pistol berpeluru seperti manik-manik yang jika anda terkena tembakan mereka pasti mengerang kesakitan. Tentang cita-cita nak menjadi polis itu saya teka sahaja.

2. kanak-kanak dan remaja perempuan pula ketika ini akan memperagakan fesyen masing-masing. Ketika ini saya lihat begitu banyak fesyen yang dipakai oleh mereka. Seperti pesta fesyen pula. Dengan kasut tumit tinggi dan pakaian yang baru-baru ini mereka bersiar. Saya kadang-kadang sedih pula melihat mereka ini, sehingga nak jatuh dek tak biasa pakai kasut tumit tinggi. Kadang-kadang jalannya nampak pelik. Tapi kerana hari raya untuk bergembira biarlah sakit sikit asalkan fesyennya hebat, mungkin itu fikir mereka.

3. Kalau orang dewasa pula mereka akan ke restoran-restoran. Saya tak tahu pula sama ada setiap hari atau sehari sahaja dalam musim raya ni, tapi yang pasti hampir seluruh restoran di Damsyik ini dipenuhi oleh pasangan-pasangan arab. Memang meriah.

Kami pelajar Malaysia di musim perayaan ini mengambil kesempatan ziarah rumah sahabat-sahabat kami. Setiap rumah terbuka pasti akan penuh. Ketika ini kami rasa begitu seronok kerinduan kami sedikit terubat. Ada juga pelajar yang mengambil kesempatan menghubungi keluarga dan kawan-kawan. Tahun ini Persatuan pula mendapa peruntukan dari JPM (Jabatan Penuntut Malaysia) untuk membuat rumah terbuka, makan sakan kami tahun ini.

Ini sedikit cerita tentang raya di sini. Nasib baik di negara Islam, ada juga sambutan raya. Kalau di negara lain yang tak ada beza antara raya dan tidak, tak tahu saya macam mana.

13 comments:

Wan A. Rafar said...

Selamat kembali ke kuliah. Semoga berjaya.

Anonymous said...

salam....
bestnya raya kat sana ye...mesti org syria ramai yg mutadayyin kan...akak saya selalu gak citer sal suasana beraya di syarqil ausat...untung la awak hakim...lain kali letak la gambar suasana raya kt sana jg ye...sy ckp suka baca blog ni...simple dan menarik..tahniah la

hakim dirani said...

Pak Wan,
Terima kasih. Doa Pak Wan membuat kan saya makin bersemangat.

Ikhwanhakimi,
Saya ada juga ambil beberapa gambar, nanti saya letak, insya-Allah.

Anonymous said...

salam,
selamat berjihad mencari ilmu.
lawaknya cerita pasal raya ni. tergelak sakan bayangkan budak perempuan pakai kasut tinggi.

senandung malam said...

Selamat memulakan pengajian, jng lupa sampaikan salam saya pada semua teman-teman dan tenaga pengajar di Takhassus Fatah Islamy.

Iman Mawaddah said...

Salam Hakim,

Setahu saya wanita dan kanak2 perempuan arab berhias di malam hari bila berkumpul di kalangan wanita sahaja. Ke disebabkan raya mereka keluar berhias sedemikian rupe. Ataupun mungkin di Syria berlainan budayanya dengan di Tanah Suci.

ufukhati said...

Syawal juga istimewa,
tetap ada purnama!

Zaharah said...

Syawwal pasti datang dengan cerita yang berbeza. Semuanya terpulang kepada kita untuk menghayatinya. Semoga adik Hakim semakin matang dalam mempelajari erti kehidupan.Semoga dalam lindunganNya sentiasa.

Bunga Rampai said...

Salam,
Kasut tinggi: biar terkehel asal bergaya :))

Kanak-kanak bermain pistol, oooh, saya kurang senang mendengarnya.

Selamat menimba ilmu, moga sabar sepanjang perjalanan itu.

INDERA KENCANA said...

Salam untuk Hakim di Syria,
Selamat kembali ke kuliah selepas bercuti.
Sememangnya kanak-kanaklah yang paling bergembira di Hari Raya tidak kira di bumi mana hatta di tanah yang dilanda perang sekalipun.

Anonymous said...

raya kan sebulan.raya jgn tak raya.

IFFAH said...

Selamat belajar. Semoga sentiasa diberi kekuatan.Ameen.

hakim dirani said...

Ukhti Rozais,
saya yang lihat terus ini, puas gelak. kadang2 duduk saja2 juga tertawa sendirian.

Senandung Malam,
Insya-Allah.

Iman Mawaddah,
Mungkin tekanan budaya yang terkena mereka, tunjuk menunjuk dah hampir menjadi kebiasan.

Pak Darma,
Memang benar, saya setuju.


Kak Zaharah,
Terima kasih kerana doakan saya.
Saya juga dah baca cerita Syawwal Kak Zaharah memang menarik.

Bunga Rampai,
Terima kasih atas doa. Ameen.
Kanak Bermain pistol, saya juga tak senang mendengar da melihat.

Indera Kencana.
Memang benar.

Mr Penyubiru,
Ya saya juga masih belum habis beraya.

Iffah Humaira,
Ameen, terima kasih kerana doakan untuk saya.