Pertamanya saya nak minta maaf kepada AKMA kerana terlewat menjawab tag ini.
5 Benda atau Perkara yang saya lakukan jika saya seorang jutawan.
Kenapa apa yang saya fikir semua dah ditulis oleh orang lain?
5 Benda atau Perkara yang saya lakukan jika saya seorang jutawan.
Kenapa apa yang saya fikir semua dah ditulis oleh orang lain?
- Bina banglo untuk ibu dan bapa saya dan sentiasa beri apa yang mereka ingin. Satu lagi banyak luangkan masa untuk mereka.
- Bayar semua hutang dan beri pula kepada sesiapa yang nak berhutang.
- Bantu pelajar-pelajar luar negara yang kurang berkemampuan tetapi masih nak belajar. Terutamanya negara yang tak dapat biasiswa seperti Syria.
- Bina satu Yayasan Hakim, lebih kurang macam Yayasan Al-Bukhari.
- Memberi bantuan kewangan untuk sekolah agama rakyat di seluruh negara. (Kecuali Maahad yang Iman Mawaddah bina kerana maahad itu sudah kaya kerana ditaja oleh beliau)
5 Tabiat buruk
- Seperti kata pepatah "hangat-hangat taik ayam"
- Mudah berasa apabila ditegur.
- Cepat marah tapi sekejap lepas itu ok balik.
- Tak tahan kena marah
- Degil
5 Perkara yang saya benci melakukannya
- Menurut "permintaan" orang ketika saya ada perancangan lain.
- Mencari jalan pulang setelah sesat dan berjumpa jalan mati.
- Makan tak habis.
- Tolong orang yang selalu mengumpat saya.
- tolong orang yang suka "masuk bakul"
5 Perkara yang tidak akan saya lakukan.
- Syirik.
- Menyakitkan hati ayah dan ibu.
- Hisap dadah.
- Lakukan dosa besar.
- Menendang orang tua yang memberi salam dan tak pernah buat salah kepada saya.
5 Perkara yang saya menyesal lakukan
- Pernah/selalu menyakitkan hati mak ngan abah.
- Ponteng kelas di Maahad dulu.
- Lastik kawan kemudian tak mengaku(juga di maahad)
- Tarik muka masam kepada guru biar dia berasa.
- Terlintas dalam hati nak pancitkan taya kereta orang.
5 Permata Hati Saya. (yang pertama Allah dan Rasulnya)
- Ibu dan ayah
- Abang dan adik
- Tok, dadi (nenek sebelah ayah) dan semua bapa/emak saudara.
- Guru-guru.
- Sesiapa yang mengenali diri saya secara langsung atau tak langsung.
5 Tempat yang saya sukai.
- Rumah Allah.
- Rumah sewa di Syria.
- Rumah di Malaysia.
- Taman permainan.
- Kolam renang.
5 Saat yang penuh bermakna
- Ketika saya dilahirkan.
- Ketika bersama mak dan abah di Malaysia.
- Ketika habis sekolah
- Mula-mula menjejaki kaki di Syria.
- Sembuh dari sakit. Walaupun tak begitu kronik tetapi ketika sakit itu yang saya tahu nikmat sihat.
5 Benda/Perkara yang saya sukai
- Kasih sayang mak dan abah.
- Apa yang mak dan abah beri.
- Semua hadiah yang saya dapat.
- Komputer.
- Semua harta yang Allah pinjamkan kepada saya.
5 Perkara tentang diri saya
- Suka senyum.
- Pakai cermin mata.
- Hati mudah Tersentuh.
- Mudah takabbur.
- Susah Mengalah.
5 Orang yang paling saya sukai di dalam Blog.
Sebenarnya banyak, saya sebut sebahagiannya sahaja,
- Indera Kencana, Tulisannya Tak pernah saya tinngal untuk dibaca.
- Zizie Ali, Puitis dan penulis yang kritis.
- Jiwa Rasa, Ulat buku. Saya suka setiap ulasan buku oleh beliau.
- Pak Darma, Beliau Sedang Bercuti, mudah-mudahan cepat kembali.
- Kak Azma, Sedang tekun menyiapkan tesis.
5 orang yang saya pilih untuk menyambung tag ini
- Senandung Malam, sinior saya di Takhassus Fatah Islami..
- Kak Iffah Humaira, Akak yang baru menyambut ulang tahun kelahiran.
- Kak Salsabila Kauthar, Orang lama di Syam, sekarang sedang menyambung pengajian di Malaysia.
- Nailofar, Saya rindu pada tulisan anda.
- Syauqah-el-Wardah , rakan sedaerah di Pulau Pinang.
26 comments:
Insyaallah saya akan sambung Tag yang anda cadangkan, cuma sekarang masa tak berapa nak ada.....banyak kerja nak selesaikan terlebih dahulu.
Terima kasih Hakim kerana menyukai tulisan saya. Nukilan Hakim jauh lebih baik dari tulisan saya.
Lucu bila Maahad Imanmawaddah tidak mendapat bantuan dana dari Hakim...
Anda seorang yang berjiwa sensitif rupanya.... :)
Hakim,
Terima kasih kerana rajin bertandang ke blog saya. Tegurlah yang mana kurang.
Blog Hakim pun apa kurangnya. Walaupun baru beberapa bulan, sudah ramai pengunjungnya. Teruskan menulis.
hmm..banyak betul blog ada benda nih.sana sini tag.sampai skrang aku tak tau ape kebende nih.
Amboi hakim.. ramai rupanya peminta. untuk makluman rakan maya sekelian..hakim ni senior saya dalam dunia blog yg bakal jadi dunia popular ni, tapi dia masih muda.. nak kata budak, badan tak macam budak sebab kan dia dah gtau dia tak suka makanan tak dihabiskan walaupun kite yang tengok naik gerun :)
tahniah hakim, memang saya berbangga dengan guru saya ni..
Senandung Malam,
Tak apa, selesaikan kerja dahulu. Tak perlu terburu-buru. saya menanti.
Indera Kencana,
Sama-sama. Jangan anda puji saya pula, kerana saya perlu banyak belajar dari anda banyak perkara.
Blackpurple,
Hehehe, :) Saya sudah menjadi malu sekarang ini.
Jiwa Rasa,
Terima kasih kerana bagi peluang saya menegur, tapi kalau dah sempurna nak tegur apa lagi.
Mr, Penyu Biru,
He he macam mana nak terang kepada anda ya.
Bayu Senja,
he he he.. pandai-pandai ja anta.
Salam Hakim,
Teruskan berblog, saya tetap baca pengalaman-pengalaman anda di Syria.
Teruskan tekad!
Hakim,
Sampai hati Hakim tak nak support Maahad saya hehe..
Apa kata kita joint venture berkonsepkan Al-Mudharabah?..hehe yang saya maksudkan maahad dalam blog saya skop nya lebih luas bukan tertumpu kepada maksud sekolah sahaja seperti mana yang terdpt di Malaysia..Ia lebih kepada satu bentuk institusi melahirkan cerdik pandai berteraskan Islam seperti Ibnu Sina, Al-Razi, Al-Khawarizmi..
Panjang pula bicara..saje melobi Hakim supaya joint venture dengan saya sebenarnya hehe :) ..tahniah berjaya menyiapkan entri tag ini..sememangnya saya tunggu cuma saya tidak tag Hakim sebab tidak mahu Hakim rasa terbeban.Cukuplah bro AKMA yang memintanya.BTW, dulu belajar Maahad mana?
Terima kasih Hakim Dirani memenuhi hajat saya. Alhamdulillah. Moga ikatan ukhuwah ini berpanjangan dan sentiasa mendapat keredhaanNya.
Salam dari Belanda
Bunga Rampai,
Terima kasih.
Iman Mawaddah,
Insya-Allah.
Dulu saya di Maahad Tarbiyah Islamiah Derang.
Akma,
Ameen.
salam..
adik hakim ni popular rupanya..
tak sia-sia..
anta marah kat ana lagi ke?..
bgth je nak makan apa?..
syawarma,pizza..habaq noo..
A...rjuna,
Ana tak ada marah langsung.
nih dah bulan 12 nih! mana n3 terbaru nih! xm jugak ke?
Salam.... tumpang lalu, sambil jengah-jengah... semoga sentiasa di bawah keberkatan Allah di bumi asing.
Assalamu'alaykum
Hakim...semoga sihat sentiasa. Kak Azma menunggu posting terkini dari Syam.. :)
Salam, hakim,
Kak iffah dah reply Tag.MAAF LAMABAT !
Salam saudara Hakimi.
Terima kasih krn forward tag ni pd ana. Namun afwan andai tidak dpt ana penuhi hajat itu. Tidak berkesempatan.
Selamat Menulis dan mengaji di bumi barakah itu!
assalamu'alaikum,
segala nya dari Allah jua...semoga sentiasa dianugerahkan Allah rasa "khalis" untuk menulis..semoga segala 'tinta' dan 'kalam' akan menjadi hujah di hari kemudian..insyaAllah...
assalamu'alaikum ya hakim,
saya tiada blog khusus untuk menterjemahkan apa yg baik..cuma suka-suka baca blog u all..esp albazrah dan iffah humaira..hari ni baru dapat tgk gambar di dalam blog saudara dan baru betul betul dapat menghayati apa yg sauadara tulis...masyaAllah...betapa baik nya Sang Pencipta menganugerahkan kalian ilham....semoga sentiasa berada di jalan yg benar..ameen..sama seperti azma..kalau berada di makam2 org yg utama...doakan untuk saya sekali...jazakallahu khairan
wah...sibuk sungguh adik yang sorang ni. seakan suah bersawang blog. Gurau Hakim yer..
Saya benar2 minta maaf kerana tak dapat masukkan sesuatu, inysaAllah saya akan masukkan dalam masa yang terdekat ini.
insyaAllah..
Insya-Allah,Ameen.
tag = hujung tali kasut; tanda; label; kutipan; punca; hujung ekor; merangkaikan, menyambung; membuntuti, mengikuti dekat-dekat; memasang kartu tanda, meletakkan tanda(harga dll).
dlm kasus ini, tag mungkin membawa konotasi merangkaikan; menyambung.
blogger yg kena tag terpaksa berfikir keras menyambut tag. sebolehnya tentu sahaja ingin mempastikan jawaban yg diberi tidak sama dgn penyambut-penyambut yg terdahulu. dan yg lebih sukar ialah unt memberi jawaban yg jujur.
apapun, anggaplah tag hanya satu permainan dan yg ditag tidak merasa tertekan dan yg mengetag tidak berkecil hati jika tagnya tidak disambut.
terima kasih adinda hakim.
assalamualaikum salam mawaddah... terima kasih kerana berkunjung.....silalah berkunjung lagi........
Post a Comment