Monday, October 23, 2006

SALAM AIDIL FITRI

Assalamualaikum,

Selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada mak, abah, tok, ibu dan bapa saudara, guru-guru, kawan dan sesiapa yang mengenali diri saya.

Sebenarnya saya sedang seronok menikmati suasana raya. Sekarang ini saya baru pulang dari bertakbir di Rumah Persatuan Pelajar Malaysia Syria.

Sebenarnya di kesempatan ini saya hanya nak ucapkan selamat hari raya. tentang suasana yang meriah di sini akan saya ceritakan kemudian.

Kepada siapa yang mengenali saya atau yang saya kenali, saya ucapkan selamat hari raya, saya mohon berjuta kemaafan jika ada kesilapan dan kesalahan.

Di Malaysia jika bertemu orang akan ucapkan selamat hari raya. Di sini orang jika bertemu mereka akan ucapakan "كل عام وانتم بخير" jadi saya juga ingin mengambil sedikit kesempatan mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri dan "كل عام وانتم بخير".

15 comments:

ufukhati said...

hakim,

HANYA ALLAH YANG MEMBALAS SEGALA KEBAIKAN SDR.

BooK said...

mana dapat font arab tu ek?

hakim dirani said...

Pak Darma.
Amin.
Saya selalu berfikir di manakah tempat saya di akhirat nanti? jika nak ikutkan amalan setitik air dari seluas lautan pun tak sampai.


Book,
Saya tinggal di negeri arab, sudah tentu tulisan ini perlu ada.

syauqah-el-wardah said...

Kullu 'am wa antum bkher

eid mubarak

tuan tanah said...

Eid Mubarak!

senandung malam said...

salam aidilfitri buat hakim dan teman-teman di syria.makan ketupat malaysia sedap oooo....

Nissa' Yusof said...

salam aidilfitri..

Bunga Rampai said...

Salam Aidilfitri untuk Hakim, walau di perantauan, saya kira kemeriahannya sama saja walau di mana, barangkali yang bezanya cuma hidangan makanan :)

nuurillham said...

kullu amin wa anta bikhair minal aidil wal faizin...
salam lebaram salam aidilfitri
maaf zahir dan batin...

IFFAH said...

Salam kemenangan di aidilfiti untuk hakim.

Masih belum terlambat nak ucapkan untuk hakim kerana kita masih berada di bulan syawal. Apa-apa pun, semoga hakim gembira meraikan aidil fitri disana.

Satu lagi, semoga kita kita akan beroleh sifat taqwa yang berkekalan setelah keluarnya kita dari 'sekolah ramadhan' Ameen.

Tertarik dengan ayat hakim"saya selalu berfikir dimanakah tempat saya di akhirat nanti"...sebenarnya, akak pun selalu berfikir begitu....Sesungguhnya Allah Lebih Mengetahui.

Iffah-hidayah

hakim dirani said...

Syauqah-el-wardah,
Wa antum bi khair.

Tuan Tanah,
Mubarak.

Senandung Malam,
seronoknya.

Nissa' Yusof,
Salam Aidilfitri juga kepada saudari.

Bunga Rampai.
Memang benar, di sini mempunyai keseronokan dan keistimewaan tersendiri, makanan salah satu dari nya.

Nuurillham,
Wa antum bikhair. Saya huga memohon maaf jika ada salah dan silap.

Saudari Iffah Humaira,
Akak, Kita sama 2 berdoalah agar jannah tempat kediaman kita dan mardatillah tujuan kita. Ameen!

INDERA KENCANA said...

Salam untuk Hakim,

Selamat menyambut hari raya di perantauan. Hehehe.. tergelak ingat Book terpesona dengan font arab tu..

Unknown said...

Hakim,

Kullu am wa antum bi khair.
Salam Aidil Fitri.

hakim dirani said...

Indera Kencana,
Selamat menyambut hari raya.

Jiwa Rasa,
Wa antum bikhair.

pendita said...

Belum terlambat lagi untuk kawe ucapkan...

Salam Aidilfitri...

- dari blogger yang pemalas. Huhuhu...