Tuesday, October 10, 2006

MAJLIS DI JAME UMAWI

Pengalaman solat Subuh di Masid Umawiyyah pada bulan Ramadhan memang menarik. Pada mulanya kami hanya melihat program-program yang dibuat melalui kaca television di rumah. Kemudian teringin pula untuk mengikutinya.

Sedikit pengenalan tentang Masjid Bani Umawi.

Masjid Bani Umawi ialah sebuah masjid yang paling terkenal di Damsyik (Ia seperti Masjid Negara di Malaysia). Ia merupakan pusat pemerintahan kerajaan Umawiyyah Masjid ini diasaskan semasa pemerintahan Abdul Malik bin Marwan sekitar tahun 86 hijrah.. Sebenarnya masjid ini asalnya gereja dan di buat masjid oleh Kerajaan Umawiyyah.

Di sekitar dan di dalam Masjid ini terdapat makam Solahuddinal-Ayyubi, Tempat ditanamnya kepala Nabi Allah Yahya A.S. dan tersimpanya Kepala Syadidina Hussain bin Ali bin Abi Talib K.W. Sebenarnya riwayat tentangnya belum diketahui kesahihannya memandangkan masih ada beberapa tempat yang didakwa tempat ditanamnya kepala Saydina Hussain.

Pada pagi jumaat lalu, sempat juga saya mengikuti solat Subuh di Masjid Bani Umawi. Ini merupakan pegalaman pertama saya bersolat subuh pada bulan Ramadhan di sana.

Program di sana bermula dengan bacaan al-Quran oleh seorang Syeikh dari maahad-maahad sekitar Damsyik. Orang ramai mengelilinginya. Kebetulan pula pagi itu Syekh yang membaca al-Quran dari Mujamma' Syeikh Ahmad Kiftaro, tempat saya belajar diploma sebelum ini.

Kemudian majlis di teruskan dengan nasyid yang didendangkan oleh beberapa kumpulan juga dari sekitar Damsyik merdu betul suara mereka. Nasyid yang disampaikan tanpa diiringi oleh sebarang alat muzik. Selepas itu azan Imsak berkumandang.

Bacaan al-Quran kembali menyusul selepas azan sehingga masuk waktu Subuh.

Yang menariknya program ini diadakan sepanjang bulan Ramadhan. Sepanjang bulan ini jugalah orang ramai akan berkumpul bagi mengikutinya.

Selepas solat Subuh pula, ada kuliah dari Syeikh Fawwaz Namr, seorang guru di Maahad Fatah menyampaikan kuliah Subuh. Kemudian kuliah disampaikan oleh syeikh Abdul Razak al-Halabi yang merupakan Mudir Jame Umawi merangkap pengerusi Yayasan Fatah Islami.

Selepas Subuh, hampir di setiap tiang di dalam Jame itu ada beberapa bulatan pelajar yang berkumpul. Sebahagiannya membaca al-Quran dan yang lain pula ada yang berzikir dan ada yang bersembang. Yang menariknya setiap bulatan terdiri dari Negara Negara tertentu. Ada dari Pattani ada dari Rusia dan Ada juga dari Afrika. Saya toleh-toleh juga mungkin ada kelompok dari Malaysia, tapi sorang pun tiada. Saya dan Ustaz Rodhi sahaja Malaysia. Jadilah, ada juga wakil.

Seronok saya lihat ketika itu, ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka. Mungkin bagi membiasakan diri dengan majlis-majlis seperti itu. Ustaz Rodhi ada menceritakan kepada saya tentang seorang budak perempuan yang sentiasa mengikuti majlis pada setiap pagi Ramadhan itu. Saya lihat pagi itu kanak-kanak perempuan itu masih ada. Ini bererti dah lebih dua tahun dia istiqamah di tempat nya itu ( di tempat paling hadapan ) sambil memegang tasbih. Kagum saya melihatnya.

Program Di Jame Bani Umawi sepanjang Ramadhan ini ditayang secara langsung di kaca television Syria. Dua kali sehari, pertama sewaktu subuh seperti yang saya cerita tadi dan yang kedua ketika berbuka. Majlis lebih kurang sama pengisiannya dengan program pada subuh seperti nasyid berdoa dan bacaan al-Quran.

Sebenarnya Masjid Bani Umawi ini mempunyai kelainan pada menunaikan Solat Tarawih, iaitu mereka menunaikan sebanyak dua pusingan. Pertama solat Tarawih dibuat dengan bacaan yang pendek dan yang kedua dengan bacaan yang panjang. Keduanya sebanyak 20 rakaat Jadi orang sini boleh pilih waktu mana meraka ingin Solat Tarawih, yang pendek atau yang panjang. Kebiasaannya yang pendek lah menjadi tumpuan.
Ada sedikit gambar sempat saya ambil. Sila tekan di sini.

17 comments:

INDERA KENCANA said...

Alahai, kalau dapat menyertai Hakim dan rakan-rakan di sana alangkah indahnya rasa hidup. Walaupun di Malaysia juga terdapat pengisian seperti itu semua, namun penghayatannya masih terlalu kurang jika dibandingkan di Timur Tengah.

~albazrah~ said...

Hakim kalau ada peluang letak gambar Masjid yang penuh barakah tu di sini. Boleh tumpang tengok.

~albazrah~ said...

Seronok sangat baca posting ni..

ufukhati said...

Sdr.,

Memang Syria negeri bersejarah. Sempena Ramadhan saya sedang membaca kembali terjemahan buku "Rijal Haolar Rasul" karangan Khalid Muhammad Khalid.

Wah! begitu ramai para sahabat menjejaki kaki dan tinggal di sana (kekal atau sementara) menjalankan berbagai tugas agama.

Wassalam.

Wan A. Rafar said...

Seronok saya membaca laporan ini, dan lebih seronok lagi kalau dapat menyertai program di masjid ini.

hakim dirani said...

Indera Kencana,
Saya rasa di Malaysia juga tidak kurang hebat.Mungkin di sini antara tempat yang awal menerima islam, itu yang buatkan semakin kukuh.

Kak Azma,
Tentang Khutbah ustaz nursi tu, teringin benar saya membacanya.

Pak Darma,
Saya rasa saya ada kitab seperti yang Pak Darma sebut. tapi tak pasti pulak pengarang nya sama atau tidak.

Pak Wan,
Saya doakan Pak Wan akan sampai di sini satu hari nanti. Insya-Allah.

Anonymous said...

Hujung tahun ini, InsyaAllah saya akan ke Mekah. Mungkin selepas ini, saya akan mencari jalan untuk melawat kawasan Timur Tengah pula. Nampak seronok dan menarik!

Unknown said...

Syria salah satu negara yang dalam senarai impian untuk saya lawati. Moga Allah beri kita kemurahan rezeki dan kesihatan jasmani untuk ke sana.

AKMA said...

Alhamdulillah....

Salam ukhuwah hakim dirani.

hati makin ditarik-tarik ingin ke daerah sana...

Salam dari Belanda
AKMA

Anonymous said...

Slmt Hr Ry Mf Zhr & Btn

hakim dirani said...

Prof MKI,
Tentu seronok dapat menziarahi Baitullahilharam. Saya masih belum berkesempatan.

Jika ada kesempatan untuk ke mari, hubungi saya. Di sini memang banyak tempat menarik untuk dituju.

Saudara Jiwa Rasa,
Amin, saya juga doakan harapan saudara untuk ke sini dimaqbulkan oleh Allah.

AKMA,
Salam Ukhuwwah kembali.
InsyaAllah Akan termaqbul keinginan anda.

MR Penyubiru,
Selamat Hari Raya Maaf zahir dan batin.

Mengapa ya? ketika saya ucapkan selamat hari raya, hati saya sebak.

Zaharah said...

Salam,
Hakim sebak ketika mengucapkan selamat hari raya? Mungkin kerana itu tandanya ramdhan sudah sedikit benar waktu bakinya yang tinggal. Sampai sekarang akak masih tidak mengucapkannya pada sesiapa. Takut ada gangguang emosi puasa. :)

Dik,
kita adalah antara hati-hati yang mudah retak, yang mudah rusuh bila tiba pada detik perpisahan.

Anonymous said...

Kak Zaharah,Dik,
'kita adalah antara hati-hati yang mudah retak, yang mudah rusuh bila tiba pada detik perpisahan'

Halus sungguh bicaramu kak, tepat menusuk kalbu, ya benar sebak menanti detik terakhir perpisahan..

Hakim Dirani:
Alhamdulillah, bersyukurlah sesiapa yang dapat ke Masjid Umawi. Iktikaf di sana pasti meriah dengan kehadiran ulama'. Di masjid Uia tetap meriah walau suasanan tidaklah seperti di sana.
Namun kemeriahan di ardhil anbiya' memberi bonus yg banyak utk berlumba di dalam ibadah.Di mana pun kita menghadap Allah. Mendamba cintaNya jua

Iman Mawaddah said...

Salam ukhuwah dan salam aidilfitri..hakim dirani. Moga saya diberi kesempatan untuk menjengah kehebatan budaya Islam di sana.

Anonymous said...

Salam Hakim,

Sungguh kagum juga saya dengan budak perempuan yang diceritakan Hakim. Saya doakan beliau akan mampu istiqomah sampai bila-bila mengejar cinta-Nya, dan kita juga. :)

Salam Aidilfitri.

Humyrah said...

Assalammualaikum,

hakim di kalangan yg bertuah dapat merasa hidup di sana..
Saya harap dapat ke sana jua suatu hari nanti.. Tapi jika tak ada rezeki, saya harap sangat anak saya pula berkesempatan menimba ilmu seperti hakim :)

itulah doa saya...setiap hari..

selamat tinggal ramadhan al-mubarak, salam eidulfitri...

hakim dirani said...

Kak Zaharah,
Saya kagum dengan kak,


Nai,
Memang meriah, memang beruntung saya sempat ke sana. saya doakan anda juga sampai ke sini.

Iman Mawaddah,
saya doakan anda sampai ke sini.

Striker,
saya juga harapkan begitu.
salam aidil fitri.

Humyrah,
Saya kagum dengan ibu-ibu seperti kak Humyrah yang harapkan anak2 menjadi soleh. tapi bukan macam saya kerana saya... malu nak cakap lah.