Thursday, September 28, 2006

RAMADHAN KAREEM

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa.

Telah menjadi kewajipan kepada kita sebagai umat Islam akan beramal ibadat demi memenuhi tuntutan Islam yang kita cintai. Bukankah Rasulullah pernah bersabda (maksudnya), Siapa yang membangunkan bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan kesungguhan, Allah akan mengampunkan dosanya yang lalu. Takkan kita yang membaca hadis yang masyhur ini tak rasa teringin untuk memperbanyakkan ibadah dan amalan kita.

Kalau nak di ceritakan, tak terkira banyaknya kelebihan dan keutamaan bagi yang menghidupkan bulan barakah ini. Apa pun ini terletak di atas bahu sendiri. Tak ada orang yang boleh memaksa.

Sebenarnya hari ini saya ingin berkongsi pengalaman berpuasa di bumi anbiya ini. Saya ingin menumpukan pada cara mereka menghidupkan bulan Ramadhan. Mungkin sebahagian tempat sama dengan apa yang saya akan ceritakan dan sebahagian yang lain tak mempunyi persamaan. Jadi saya cerita semua sekali.

Perkara yang pertama yang saya ingin ceritakan ialah solat. Di Malaysia jika di bulan selain Ramadhan, sesetengah masjid cuma ada sepuluh orang, maka di bulan Ramadhan akan mencecah satu atau dua saf. Ini solat fardu yang lima, bukan solat Tarawih. Tetapi lain pula di Syria. Di bulan selain Ramadhan biasanya hampir seratus orang dan pada bulan Ramadhan pula akan orang yang bersolat akan memenuhi masjid. Teringat saya ketika baru merasai bulan Ramadhan di sini, saya terpaksa solat Subuh di luar masjid kerana dipenuhi oleh jemaah yang lain.

Begitulah solat yang cukup diutamakan oleh masyarakat di sini. Kalau solat Tarawih pula lagi lah bersungguh arab-arab sini. Di Syria masjid begitu banyak dan berdekatan. Solat Tarawih akan menyebabkan setiap masjid dan jami' di sini penuh. Lagi banyak daripada solat fardu yang lima.

Yang kedua yang lebih dan menarik pada Ramadhan ialah mereka memperbanyakkan sedekah. Kami panggil tabarruk. Seikhlasnya arab Syria ini sangat suka menderma. Oleh kerana tabung di setiap masjid di sini berwarna jernih, amat mudah untuk saya melihat duit-duit yang disedekah. Susahlah nak melihat duit yang syiling. Yang kelihatan duit besar-besar sahaja.

Jika di bulan barakah ini selain disedekah di masjid mereka akan mencari pelajar-pelajar agama untuk ditabarruk. Kalau mereka terserempak dengan pelajar-pelajar terus di'paksa' untuk menerima tabarruk mereka itu. Ada juga yang pergi kerumah pelajar untuk di berikan tabarruk. Biasanya 1000 LS (lebih kurang RM 70). Sesetengah yang lain pula menyerahkan kepada masjid untuk diedarkan kepada pelajar. Ada sesetengah masjid lebih senang memberi kepada pelajar Malaysia. Mungkin kerana pelajar kita yang rajin dan kelihatan sopan santun. Mungkin.

Ramai juga yang menyediakan makanan di masjid atau di maahad. Jika di maahad, pelajar akan membawa bungkusan yang siap untuk dibawa pulang. Masjid pula akan membuat jamuan berbuka. Yang saya hairan setiap jamuan yang saya sertai semuanya nasi. Padahal nasi bukan makanan asasi mereka. Makanan asasi mereka ialah roti.

Dulu ketika masih kecil, saya terfikir tentu tak seronok belajar di luar negara kerana tak dapat duit raya. Hari ini saya baru tahu bahawa belajar di sini ada dan dapat duit raya. Setiap pelajar Maahad Tahzib akan mendapat 'duit raya' yang akan diberi sebelum cuti raya.

Satu lagi. Sepuluh malam terakhir masjid tidak dikunci kerana memberi ruang kepada orang-orang yang nak beribadat. Masjid biasanya memang dikunci. Tak tahu pula saya kenapa. Yang pasti bukan kerana pasangan berasmara seperti sesetengah tempat di luar Syria. Ketika itu (10 terakhir bulan Ramadhan) memang seronok sekali. Sejuk ja mata memandang.

Apapun setiap tempat yang kita tinggal tentu ada keseronokan atau cara tersendiri. Yang penting ianya selari dengan tuntutan Islam.


PERKEMBANGAN ADIK SAYA DAN RAKAN-RAKAN.

Mungkin kerana doa anda semua mereka sekarang sudah berada di Mesir. Dan sebahagian daripada mereka akan ke sini sabagai percubaan. Dan sebahagian yang lain akan menyusul. Ini perancangan mereka tetapi perancangan Allah siapa yang tahu?

Kita doakan sama-sama agar cita-cita mereka akan terlaksana. Kelmarin kawan kami yang berada di Mesir yang menguruskan mereka, Farhan dan Mat Jeng ada memberitahu yang mereka ini terdapat 'sedikit' masalah.

Mulanya semasa mereka sampai di Mesir, alhamdulillah tak ada sebarang masalah. Pada keesokannya pula mereka dipanggil oleh kedutaan untuk berbincang. Selepas itu berita sampai kepada saya yang mereka ada 'sedikit' masalah. Kata Farhan mereka mungkin akan kena balik.

Apa-apa pun syukur kepada Allah kerana segalanya dah selesai. Seperti saya ceritakan tadi, mungkin sebelum raya ini sebahagian dari mereka akan ke sini.

Rehlah ilmiah musim ini: Senandung Malam

19 comments:

Nazhatulshima N said...

Salam,
Seronoknya membaca pengalaman Ramadan di sana.

Semoga segala urusan Hakim dan adik dipermudahkan Allah.

kingbinjai said...

salam ramadan. terima kasih menyinggah

INDERA KENCANA said...

Banyak dapat duit raya..??
Kalu tak nak, hantar je kat saya..
(Maaf, bergurau je..)

Cuti Raya, balik Malaysia tak..??

hakim dirani said...

Kak Shima,
Memang seronok. Tapi di Malaysia juga tak kurang hebatnya.

Amin.

Kingbinjai,
Sama-sama.

Indera,
Tak balik. InsyaAllah jika ada kesempatan balik lah. tapi sekarang raya di waktu persekolahan susah lah.

~albazrah~ said...

Salam Hakim,

Nanti 10 malam terakhir mesti lagi meriah kan? Bulan Ramadhan pelajar Malaysia boleh lah jimat duit nampaknya kat sana.

Mudah-mudahan selesai cepat problem adik Hakim dan kawan2.

hakim dirani said...

Ya. Memang meriah. Ketika itu di masjid lah orang ramai berkumpul untuk beri'tikaf.

Amin. Insya-Allah mudahan segalanya berjalan dengan baik.

Zaharah said...

Salam.
Adik Hakim, semoga dipermudahkan segala yang baik-baik.

hakim dirani said...

Kak Zaharah,

Amin!
Insya-Allah segalanya akan dipermudahkan Allah.

syauqah-el-wardah said...

Terimbau kembali kenangan ketika di Mesir satu masa dulu. Solat fardhu sahaja sudah ramai di masjid, inikan pula waktu Ramadhan begini.

Pengalaman mengajar kita erti kedewasaan.

Moga Ramadhan kita tahun ini diberkati-Nya.

Ramadhan Kareem.

Suri Rahsia Abang said...

Assalamualaikum Hakim..

Kadang-kadang saya teringin nak duduk berkelana ke negara orang. Entah ye. Kadang-kadang rasa Malaysia ni penuh duka.. Kalau jauh kan lebih elok. Orang lebih rindu, lebih terasa kehilangan kita. Betul ke mcm tu?

Jaga diri saudara Hakim. Semoga dilindungi Allah sentiasa.

~albazrah~ said...

Salam Hakim,

Hakim di Jami'ah Abu Nour ka? Dengan Ma'had Fatah apa beza sistemnya? Syukran...

Anonymous said...

salam

best sungguh belajar kt syria kan...gunakan peluang belajar di sana dengan sesungguh2nya...jgn menyesal di kemudian hari...dengar anta citer,akak bercadang nak sambung phd kt syarqil ausat la plak...untungnya anta dik cz masih lagi di sana...belajar rajin2 ye..igt.. nak dapat semua A dlm madah bkn perkara yg mudah tapi ia bkn perkara yg mustahil kn...gd luck..

diqma...
nanti akak jelaskan beza antara jamiah abu nur dan maahad fatah..jumpa kt bilik:)

ufukhati said...

sdr.,

Itulah Rahmatnya Ramadhan. Lagi penuh keberkatan. Moga semua kita mendapat keampunan.

Ayman Rosland said...

Salam Ramadan,

Entah mengapa boleh terjumpa blog ini.Teringat pula pengalaman menziarahi Syria 2 tahun lepas.Sempat juga meredah Jordan dan Lubnan.Dimashq adalah bandar yg paling menyeronokkan buat saya.Talaqqinya masih subur, ramai ulama' terbilang yg masih hidup di sana dan wanita-wanitanya........sangat jelita.

Alangkah bertuahnya pelajar2 macam Hakim yg dpt menjadi tetamu Dataran Sham ini.Rajin pergi talaqqi tak??

p/s:kali terakhir di Dimashq, saya bermalam di rumah pelajar2 Msia dekat dgn Duar Bab Musolla.Masih wujudkah rumah itu??

Anonymous said...

Benar kata saudara Shafiq Ayman,
bumi Syiria bumi impian setiap pelajar yang cintakan ilmu...Biasanya setiap pelajar memang teringin amat ke Syiria..penduduknya ramah tamah, bahasa fushahnya masih kuat, pusat talqqinya masih subur(benar sangat), ulama'-ulama' amilin masih ramai melebarkan ilmu yg pelbagai, emm wanita-wanita Syiria memang lembut dan cantik juga.

Memanglah bumi Syiria sangat barakah. Beruntunglah sesiapa yang berpeluang ke sana.

Anonymous said...

menyentuh tentang Ramadhan yg kita cinta, memang menyambutnya di bumi Arab tidak kisahlah di mana satu rezeki yg amat perlu kita syukuri. walau org Arab juga manusia ada yg seolah taat dan tidak, namun budaya mereka yang cintakan Ramadhan patut kita pelajari dan teladani. Mereka menyambut Ramadhan meriah dan masjidnya juga di'imarahkan dengan jemaah yang ramai. Walau apapun juga mereka bumi lahir para anbiya' barakahnya tetap ada dan itu yg menyemarkkan cinta pd Al-Quran dan ibadah. Berbeza dengan bumi Malaysia, adat rencam memasuki sambutan Eid, hingga tenggelam keindahan Ramadhan. Sayang, namun manusia mu;min yang bertaqwa masih ada tempat di sisi Allah tidak kira di mana kaki berada.

Cuma bagi yg masih di ardhil anbiya' raihlah peluang dengan sebaiknya, biah yg baik utk beribadah moga2 menyemarkkan cinta pd Allah..Kelak pulang, pasti sangat rindu.

Anonymous said...

seronok dengar cerita di sana.. moga hakim sentiasa sihat sejahtera dalam barakah-Nya :)

hakim dirani said...

Syauqah-el-wardah.
Rupanya cara dua masyarakat ini menyambut ramadhan adalah hampir sama.

Mudah-mudahan amalan begini akan berkekalan. Insya-Allah.

Suri Rahsia Abang,
Terima kasih kerana sudi menjenguk ke sini.

Kak Azma,
Abu Nur dan Maahad Fatah? Kak Salsabila Akan terangkan. Insya-Allah.

Nai,
Mudahan saya termasuk daripada yang beruntung.

Striker,
Amin.

hakim dirani said...

KAK Salsabila,
Terima kasih.