Wednesday, September 20, 2006

KERANA INI SUATU TAKDIR

Apa perasaan anda apabila mendengar arahan supaya keluar dari bumi asing dalam masa dua belas hari. Ketika itu anda datang ke situ hanya untuk belajar. ya. Hanya untuk melihat Islam bangun dan maju. hanya untuk menyedarkan masyarakat yang kian tersasar dari jalan sebenar.

Itulah nasib mereka yang datang pada sembilan september baru-baru ini. Selepas membuat perbincangan beberapa kali dengan kedutaan dan Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) keputusan yang diterima hari ini ialah mereka harus keluar dari bumi Syam ini sebelum 24 september 2006.

Pada asalnya mereka diarahkan keluar dari Syria terus pulang ke Malaysia. Tadi semua pelajar tersebut telah bersepakat ingin pergi ke Mesir. Kata mereka daripada pulang ke Malaysia yang memakan kos yang tinggi lebih baik ke Mesir. Tambangnya murah tempat mengaji juga banyak.

Saya, ketika mendengar mereka perlu pulang, terasa amat pedih nak menerima hakikat ini. Masakan tidak, ibu dan bapa mereka yang telah menghabiskan ribuan ringgit untuk melihat anak-anak mereka menuntut ilmu di sini pasti amat perit untuk menerima berita ini.

Tambahan di antara ayah dan ibu yang terpaksa menerima berita perit ini ayah dan ibu saya sendiri. Tak sampai hati pula nak menceritakan segala yang telah berlaku di sini. Bila difikirkan segala pengorbanan yang ayah dan ibu gadaikan, saya jadi buntu.

Ingat lagi pesanan mak sebelum adik tiba di sini. "Angah, jaga adik elok-elok. Pastikan adik selamat disana."

Ketika ini mak dan abah masih tak tahu yang adik akan keluar dari sini. Jika ditanya kepada saya bagaimana keadaan di sini, saya jawab semuanya selamat. Ketika itu PPMS mempunyai beberapa perancangan untuk mengatasi masalah ini. Sekarang jalannya cuma satu, keluaran mereka ke Mesir.

Hari ini pesanan mak itu terpaksa saya tolak dan mungkin 24 september ini saya akan berpisah lagi dengan satu-satu adik saya itu. Ini cabaran kami. Saya perlu kuat dan tabah untuk menerima segala ujian yang Allah beri sebelum mengecapi rahmat dan nikmatnya.

Sekarang, Persatuan Pelajar Malaysia Syria akan mengutip dari ahlinya bantuan untuk mebiayai pelajar-pelajar ini ke Mesir. Mudah-mudahan cukuplah duit yang di kutip untuk membantu serba sedikit perjalanan mereka sebelum 24 haribulan ini.

Ini cabaran untuk mereka. Allah dah tetapkan dari A'zali lagi. Yang perlu kita lakukan, menerima dengan hati yang rela dan terbuka.

Kepada abah dan mak angah minta maaf kerana tak dapat tunaikan permintaan abah dan mak untuk menjaga adik dengan baik.

Mudah-mudahan esok mak dan abah dapat terima berita ini seadanya kerana kita merancang, Allah juga merancang. sebaik-baik perancangan itu dari Allah.

Sebab mengapa mereka perlu keluar dari Syria:Daripada satu sumber yang saya juga tak pasti mengatakan bahawa ini daripada kesan peperangan antara Lubnan dan Israel. Jadi kerajaan Syria tak mahu lagi menerima pelajar baru ke sini. Jadi kaitannya saya juga tak jelas.

Seorang daripada pelajar yang akan dipulangkan itu ada memberitahu saya yang dia tak tahu prosuder nak belajar di sini. Mungkin salahnya. Saya cakap kepadanya "ini bukan salah anta, anta dah buat segala yang perlu tapi kerajaan Syria tak mahu terima. Nak buat macam mana."

Ya Allah, bantulah Kami!

12 comments:

ufukhati said...

sdr.,

Begitu perit hendak belajar di Syria. Kepada sdr-sdr kita itu hendaklah banyak bersabar. Ini dugaan orang yang hendak menuntut ilmu.

Isya Allah, Allah akan membuka pintu penyelesaian.

catur catriks said...

salam,
bersabarlah sahabat seiman yang jauh di sana.
cobaan yang besar akan menjadikan anda orang pilihan dengan ketegaran yang teruji.
hadapilah dengan kelegaan.
berserah dirilah kepada Alloh.
Dia tidak akan mendiamkan hambanya yang berjuang.
salam kenal ...
jazakumulloh

INDERA KENCANA said...

Hakim, tentang adik Hakim tidak dibenarkan belajar di Syria itu pada hemat saya tidak perlu dimaklumkan kepada ibu dan ayah Hakim terlebih dahulu. Cuba dapatkan tempat untuknya dahulu di Mesir dan pastikan juga dia mendapat kediaman yang baik dan dimaklumkan kepada pihak Kedutaan Malaysia, Jabatan Penuntut Malaysia tentang kehadirannya di Mesir.

Setelah semua ini selesai dan Hakim berpuas hati akan keselamatan adik Hakim, masa itu untuk dimaklumkan kepada ibu dan ayah InsyaAllah tidak akan menjadi suatu masalah.

Selamat untuk Hakim, adikmu dan kesemua penuntut Malaysia di Timur Tengah.

~albazrah~ said...

Astaghfirullah...semoga Hakim dan adik banyak2 bersabar. Susah2 dahulu, senang2 kemudian.

Insya Allah, di Mesir pun takpa... Semua ujian ni nak lahirkan mereka yang benar2 tulen. Ameen..

hakim dirani said...

Pak Darma,
Terima kasih memberi semangat. Ya. kerana ini dugaan kami, jafi perlu menerimalah.


Caturcatriks,
Terima kasih. Kami sentiasa menghadapi ujian ini dengan kelegaan. mudah-mudahan kami kuat.

Indera Kencana,
Terima kasih atas nasihat dan cadangan yang di berikan. Tetapi saya dah beritahu keluarga saya sebelum membaca cadangan anda. Apa-apa pun terima kasih.

Kak Azma,
Insya-Allah. Mudah-mudahan itulah yang berlaku nanti.

Wan A. Rafar said...

Semoga Allah memudahkan urusan anda. Kita hanya merancang, yang menentukannya Allah. Yakinlah Allah akan membuka jalan penyelesaian.

Anonymous said...

Salam ramadhan..

selamat menjalankan ibadah

Moga-moga Allah memudahkan segala urusan kita. Amin.

Anonymous said...

ujian di Syiria memang hebat.Alhamdulillah dua saudara ana dan seorang sahabat baik tetap di sana..sebenarnya memang dari dulu lg syiria bermasalah hingga ada beberapa sahabat ana dulu terpaksa ke mesir..

apapun segalanya Allah dah tetapkan,,di mesir peluang talaqqi juga banyak..cuma bahasa ammi kuat sedikit.

cuma nak tanya sebenarnya masalahnya bagaimana ye? kenapa ada yang lepas ada yang tidak

Nissa' Yusof said...

assalamualaikum..
salam ramdhan.

~albazrah~ said...

Selamat Berpuasa Hakim... Ada perkembangan terkini tentang adik dan kawan2? May Allah bless you.

Anonymous said...

salam...
ALLAH i2 kan MAHA PENYAYANG LAGI MAHA BIJAKSANA...setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tak leh disangkalkan lagi...kita sebagai hamba yg mengaku beriman harus menerima dgn hati terbuka..harus ada rasa bersyukur pd setiap ujian yg mendatang krn i2 jelas membuktikan ALLAH mengasihi dan memerhatikan kita setiap masa...akak pun pernah ditahan selama 16 jam kt syria airport..tp alhamdulillah rezki kami bljr di sana pihak jamiah abu nour dtg menjemput..apa2pun syukur..akak doakn adik nta dpt teruskan niat menuntut ilmu di bumi al kinanah dgn success amin...

rudy bluehikari said...

salam hakim. ya, DIA adalah saya dalam entry saya yang terbaru.