Friday, September 08, 2006

ADIK DAH NAK SAMPAI

Alhamdulillah, adik dah bertolak dari Malaysia. kalau tak ada aral melintang esok sampailah dia. Mak cakap yang adik bertolak dari Bayan Lepas jam 9.30 malam dan dari KLIA pukul jam 3.00 pagi dan insya-Allah jam 3.30 petang esok waktu Syria sampailah.

Berdebar pula rasa ketika ini. Mudah-mudahan perjalanan mereka sampai ke sini dengan selamat.

saya betul-betul berasa seronok apabila mendengar yang adik akan ke sini. Bukan sekadar kerana saya akan berjumpa dengan adik tapi, kerana bila mengenangkan pecubaannya nak ke sini beberapa kali gagal.

Pada asalnya adik nak ke sini dengan ustaz Abdul Khair tetapi terpaksa ditangguhkan kerana risaukan perang (antara Israel dan Hizbullah). Saya melihat mak dan abah ketika itu cukup risau. masakan tidak, sepatutunya adik ke INSANIAH, tetapi atas beberapa sebab berlaku perubahan dan adik bercadangan ke sini. Jika adik tak jadi ke sini maka dalam tempoh ini hingga pendaftaran akan datang dia tak masuk mana-mana pusat pengajian. jadi rugi lah.

Selepas ustaz Abdul Khair menangguhkan perjalanan, mak ada dengar yang seorang pelajar dari sini yang balik bercuti. Mak terus minta no telefon Wadi Annuar(pelajar yang pulang bercuti) dari saya. Mak tentu risau ketika tu. Adik saya tahu, dia akan buat tak tahu sahaja kerana dia tahu mak akan uruskan semua.

Selepas itu, timbul pula satu masalah sijil belum dicop. Tak selesai lagi rupanya. Mak dan abah jenuh telefon kesana kemari untuk selesaikan masalah cop ini. dan seperti biasa selesai juga masalah cop. sekarang ini sijil mereka dah sampai dan tunggu untuk di selesaikan. Adik macam biasa tak risau punya.

Hari ini saya bersyukur kerana segalanya berjalan lancar. Adik ketika ini dah bertolak ke sini. Saya berdoa agar perjalanan mereka bersama rahmat Allah. mudah-mudahan malaikat menghamparkan sayapnya kepada mereka.

Alhamdulillah segala urusan mereka di sini dah selesai walaupun ada sedikit kecelaruan. segalanya dah disediakan, mudah-mudahan esok segalanya berjalan dengan lancar dan seperti apa yang dirancang.

Esok bermulalah kisah seorang yang bergelar sinior memberi "tunjuk ajar" kepada adik-adik junior.

5 comments:

rozais al-anamy said...

salam,
amboi siap rekrut adik lagi tu.. kenapa minat benar dengan syria? apa pun saya doakan agar adik tu akan selamat dalam perjalanan dan kehidupan di sana.

~albazrah~ said...

Wah...bestnya adik beradik ngaji Syria. Semoga kedua-duanya cemerlang. Dok dekat2 tu, jangan dok gaduh2 ya... Kirim salam kat adik tu, semoga rajin2 mengaji. Nanti boleh baca blog adik tu pulak. Hehe

ufukhati said...

sdr.hakim,

Selamat belajar.

INDERA KENCANA said...

Jika niat kita direstui Allah, pasti perjalanan yang kita tempoh menjadi mudah tanpa halangan. Insya Allah.

hakim dirani said...

Ukhti Rozais,
terima kasih atas doa ukhti.

Ukhti Noor Azma,
Terima kasih juga atas doa dan insyaAllah kami akan dok elok2.

Pak Darma,
Terima kasih atas dorongan.

Indera Kencana,
Insya-Allah.