Saturday, July 19, 2008

ABAH DAN PERJALANAN ABADI



Bismillahhirrahmanirrahim..

08-07-2008 Abah dan mak selamat sampai di Bumi barakah Syria selepas singgah dua minggu di Mesir dan jordan. Waktu tu kami bersyukur kerana selamat masuk ke Syria yang sudah dikenali dengan susahnya nak masuk.

Ketika di Syria, penyakit lelah abah semakin menjadi-jadi. Ini merisaukan kami sekeluarga. 13-07-2008 kami bawa abah ke hospital untuk sedikit rawatan. biasanya di Malaysia jika dirawat begitu penyakit abah akan kebah. tapi kali ini ntah, kerana kehendak Allah jua Asma abah tak juga mahu surut.

Selepas makan tengahari 15-07-08 abah mengadu susah hendak bernafas. Abah minta saya pergi ke Hospital untuk meminta nasihat Doktor tentang Gas yang lebih baik kerana gas yang sedia ada, tidak begitu berkesan. Tapi ketika saya tiba di hospital. pembantu Doktor menyulitkan keadaan. Saya pulang ke rumah dan beritahu abah supaya kami ke Hospital. abah cakap abah tak larat. tunggulah surut sikit sakit abah baru abah mahu pergi. saya berlari ke hospital yang lain mencari Van Anbulance. tapi pihak hospital beritahu yang van tidak disediakan. saya cari pula teksi untuk bawa abah ke hospital. walau abah sudah beritahu yang abah tak mahu lagi ke hospital.

sesampainya saya ke rumah, saya dengar Mak sedang memanggil-manggil abah. rupanya abah dah tak edarkan diri. kami dukung abah ke hospital. dan ini juga yang dinamakan Qada dan Qadar. Doktor beritahu kami bahawa abah telah pergi selamnya.

Abah, ketika detik-detik terakhirya, masih lagi teringatkan solat. walau ketika mengadu susah bernafas dan susah untuk bergerak, masih lagi cuba untuk menunaikan solat. dan ketika abah mendengar Azan asar Abah menangis dan berkata "Dah habis dah waktu zohor" (abah masih tak sempat untuk solat Zohor kerana tak mampu untuk bergerak). Beberapa detik selepas itu, abah pergi bertemu tuhan dengan ingatan yang kuat kepada-Nya. Waktu itu, semasa ketiadaannya, hanya beberapa detik selepas Muazzin melaungkan Azan.

Abah pergi ketika benar-benar dekat dengan kami. Setelah tiga tahun tidak bertemu. abah datang untuk menziarah anaknya di Syria dan Mesir. dan saya besyukur sangat kami sempat bersama.

Abah pernah cerita yang sejak sepuluh tahun inilah kali pertama abah dan mak cuti dari berniaga (pekerjaan abah) paling lama, lebih kurang sebulan. Rupa-rupanya Allah lebih mengetahuhi. Abah akan berehat selamanya dan menemani saya di Syria. ini Perancangan Allah yang kita tak mampu tahu.

Ya Allah, Ampunkanlah segala dosa abah. kasihilah abah. Tempatkanlah abah di Syurga bersama para anbiya dan solihin. Jauhkan abah dari azab qubur dan azab Neraka. ya Allah, hanya kepadamu kami memohon.

21 comments:

Unknown said...

salam takziah.

semoga Allahyarham di tempatkan di kalangan orang beriman. Amin

Anonymous said...

SALAM TA'ZIAH..

ALLAHU ALLAH..SETIAP YG BERNYAWA ITU PASTI AKAN MERASAI MATI...

SEMOGA ALLAHYARHAM MENDAPAT PENGAMPUNAN ALLAH DAN DIKUMPULKAN BERSAMA HAMBA2NYA YG SOLEH DAN PARA SAHABAT YG SYAHID DI BUMI SYRIA AMIN YA RABBAL A'LAMIN...

AL FATIHAH...


SALSABILASYAM

Ismi : Arjuna said...

salam..
inna lillahi wainna ilaihi raaji'un..lama arjuna tidak menyinggah..sabarlah luqman.. Allah amat sayangkan abah luqman.. sehingga ditarik nyawanya di bumi barakah.. Allah.. Allah menguji hambannya yang hebat dengan ujian yang hebat!..sabar dan takziah..

rozais al-anamy said...

Akhi Dirani,
Takziah atas kepergian abah tercinta. Alhamdulillah, perginya dengan baik. Semoga tempatnya di Jannah kerana itu janji Tuhan pada hambaNya yang sentiasa mengingatiNya pada masa sempit dan lapang.
Moga diberi kekuatan untuk redha akan kehilangan ini.

zizie ali said...

takziah.

Puteri said...

salam takziah dari puteri.

bersabarlah.. ajal maut semuanya ditangan Tuhan..

--
baru2 ini saya ada bermimpi gigi patah.. kata org............. .

ntahlah..

Bunga Rampai said...

Salam Hakim,

Al-Fatihah.

Sabar jua dan redha.

Kita yang masih bernafas, teruskan perjalanan menuju ihsanNya.

IFFAH said...

Salam,

hakim...Takziah.

Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.

Ameen.

Unknown said...

Salam..hakim.
salam takziah
entri kali ini benar2 menyentuh kalbu

saya kirimkan doa untuk awak terus gagah Hakim!

pada ketika awak hampir rebah, ingatlah Qada' dan Qadarnya adalah jalan terindah yang telah dia suratkan.

Akhi patut bersyukur kerana dapat meluangkan waktu2 terakhir bersama arwah ayah.

pada air mata yang mengalir lesu, sapulah jangan biar kering di pipi. pemergian untuk seseorang yang paling bermakna dalam hidup memang perlu ditangisi, tapi banyakkanlah bersabar ye hakim.carilah kekuatan dalam sujud dan doa panjang kepadaNya.

saya di sini menumpang sedih dengan apa yang terjadi.lama benar hakim menyepi, smpai saya tercari2.

salam takziah daripada kami sekeluarga di Johor bahru.

Unknown said...

Takziah Hakim.

pB said...

salam takziah


tabah kan hati
kuat kan semangat

Bunga Rampai said...

Salam lagi Hakim,

Salam Ramadhan Al-Mubarak, selamat menunaikan ibadah puasa.

Semoga study pun baik-baik juga :)

hakim dirani said...

Terima kasih semua kerana berdoa untuk kami. dan saya berdoa semoga Allah membalas jasa dan doa yang kalian berikan.

~albazrah~ said...

Takziah dari kak azma. Maaf hakim kak ma nak tanya, faridmw juga telah kematian ayahanda di syria juga ke? Kak azma baca rasa ada persamaan antara hakim dan farid.

Didoakan kebahagian mereka di sana.

~albazrah~ said...

Hakim dan faridmw dua beradik ke? Uniknya kematian ayah Hakim di bumi anbiya'. Hakim, mesti ayah Hakim berbangga mempunyai anak2 yang istimewa.

hakim dirani said...

Terima kasih kak ma, ya farid itu adik saya.

Dr Ummu Sulaim, Hospital Raja Perempuan Zainab II said...

salam ta'ziah saudara.menangis ana membaca entri ini..mengingatkan pada kedua orang tua ana.

Moga orang2 tua kita bahkan seluruhnya ditemptkan bersama golongan yang dijanjikan syurga.ameen.

rudy bluehikari said...

Salam takziah kepada hakim sekeluarga. Arwah abah disemadi dimana? ALfatihah!

hakim dirani said...

Abah saya disemadi di satu daerah di Syria. nama daerah itu Saidah zainab.

tintaHati said...

Salam Takziah...oh rupanya kamu dan farid senyum itu adik beradik. Baru hari ini tahu..takziah sekali lagi utk kamu berdua. Semoga ruh arwah dicucuri rahmatNya .ameen.

faridmw said...

abg lokman...ana sedih dengar citer tu...semoga allah mencucuri nikmat keatas beliau...bergenang air mata pabila membca kish ini...terima kasih kpd abg lkoman jua kerana sudi mendgr keluhan ana di kedai makan hari tu....ana berdoa agar BG LOKMANn berjaya walau dlm apa bidng diceburi..salam sayang dr ana

-amirulmukminin-