Thursday, December 27, 2007

RAYA KORBAN, TERBAKAR DAN PINDAH

Bismillahirrahmanirrahim.

salam sejahtera sahabat-sahabat sekelian. rindu benar rasanya. ya lah, dah berapa bulan tak kemaskini lansung blog ini. minta maaf bebanyak. ok saya akan cuba untuk kemaskini seupaya mungkin mula detik ni.
Sebelum itu saya nak ucapkan selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pengunjung yang secara sengaja datang untuk berkunjung atau kot-kot termasuk ke teratak Hakim Dirani ini.

Masih ingat saya ketika mula-mula saya berjinak dengan dunia blog ini, masa itu jumla blogger dari syria saya ingat seorang atau dua begitulah. itu yang saya tahu. hari ini blogger dari Syria dah banyak dan ramai macam cendawan tumbuh lepas hujan. seronok betul saya.

Saya dengan pindah rumah ni macam dah jadi adik beradik la pulak. bulan ini bakal nak pindah ke satu rumah baru yang berdekatan sahaja dengan rumah yang saya tinggal sekarang ini. pastu kami angkatlah barang ke rumah baru tu. saya punyabarang kira 50% tu dah angkat la. baju, pc dan berapa barang lagi. Kita merancang tuhan juga merancang. Nak dijadikan cerita rumah yang bakal kami duduki itu terbakar. Rasanya bukan kami yang akan pindah lepas ni, tapi kawan tu yang pindah mai ke rumah kami. Dah terbalik daaa.

Barang saya yang rosak monitor dan pakaian kena selut dari air bomba. sekarang kawan-kawan saya masih belum dibenarkan ambil barang mereka. Sehelai sepinggang kami.

Gambar sekitar Raya Korban baru-baru ini.


Tok, mak ngan abah.
Dengan Kawan-kawan ke rumah Pak Su, Pegawai Kedutaan

Dengan Humaidi


Ziarah rumah orang


Shahreeza sahabat yang akan ke Jordan sambung belajar
(berpisahlah ngan seorang sahabat)


Di makam seorang Sahabat Rasulullah Muawiyah bin Abi Sufyan. Tengok makam beliau buat hati kita tersentuh. macam sampah dilontarkan. pernah ditulis cercaan di kuburnya. itu sebab di pagai besi takut pelampau rosakkan kuburnya.

Dalam kubur beliau, tak terurus


Bersama Rakan Sekelas di MTID.

19 comments:

Vann said...

barangkali banjir dah bersihkan segala yang kotor :)

Selamat berkemas

kingbinjai said...

selamat dude, lama aku tunggu kau update hehehe

david santos said...

Nice posting, thank you,


I wish you a good end of 2007 and a good year of 2008.

Lidah Penghunus said...

assalamualaikum.

selamat kembali berjuang dlm dunia blog

hayad said...

orait!! nnt ada rezki sy ke syria, sy mntak awak jd pemandu pelancong ;)

hakim dirani said...

Murqez,
Selamat Datang,

kingbinjai,
Bro, Mnta maaf dah lama tak kemaskini.

David,
thank you,

LidahPenghunus,
termatkasih, sama2lah kita berjuang.

Hayad,
Wokkei. saya bila2 masa pon ok, InsyaAllah.

Anonymous said...

assalamualaikum,

lamanye hakim hilang.. harap sentiasa sabar dengan segala ujian..

oh 1 lg, selamat kembali blogging.. :)

blackpurple @ jowopinter said...

Salam,

Lama juga tak ada cerita baru. Tup-tup ada cerita terbakar pulak.

Semoga sdra dilindungi di sana...Amin

HAPPYIRFA said...

salam hakim..
kunjung balas dr saya.x sangka jauh benar dr bumi malaysia awak berada.semoga gembira di perantauan.
'umah terbakar panggil bomba.
bomba dtg berlumba2..he he

hakim dirani said...

Striker,
He he he, baru nak cuci sawang.

BP,
Terima kasih atas doa anda.
He he terbakar tu mungkin untuk menguatkan iman saya.

Happyirfa,
YA, sekarang ini walau jauh bagai tak terasa. tapi kadang-kadang rindu sangat malaysia. waa... waaa...

zino said...

dah habis exam ya.. selamat berblog kembali..

Achik_Sufi said...

selamat tahun baru dan selamat mengupadte blog selepas menyepi entri.

syabas n tahniah!!!!

Unknown said...

salam~seronok dapat baca update awak!! saya rasa lepas ni mesti entri awak pasal pindah rumah lagi kn?huhu
slamat tahun baru

Anonymous said...

trtarik dgn kisah abu sufyan.
keliru jgk sblm ni. beliau atara pnulis wahyu. tp jg trlibat dlm pprgn di kabala. ms bljr psl dia dlu pun ada sdkit xpuas ht, knp dia buat mcm tu.

lps tu dpt th apa (cerita/sirah) yg smpai kpd kita tidak smua adalah bnr. ada yg dtg dr syiah.

kmudian pula, dpt th psl abu sufyan itu sndiri,
bkn seseorg yg trlalu 'thiqah'.

wallahu a'lam.

Anonymous said...

trima kasih utk kunjungan ke blog sy.

slm ukhuwah dr puteri

achik said...

salam..

selamat thn baru.. :)

Ummu Hani binti Abu Hassan said...

salam hakim.
Alhamdulillah, novel kak ummu pasal syria, selamat dilangsaikan. kirim salam teman2 sana khususon ila Shahrul Razak etc.
tahun depan adik kak ummu akan ke sana, bolehlah anta tolong tengok2 kan. namanya Muhammad hamdi.

hakim dirani said...

Zino,
Hehe, sebenarnya dah habis lama dah.

insya-Allah.

Achik Sufi,
Terima kasih.

Banat,
Mungkin tidak, sebab saya dah tak jadi pindah. he he.

Puteri,
Apa pun kita perlu banyak meneliti setiap cerita yang sampai kepada kita sebab banyak yang kita tahu sekarang tentang sebahagian sahabat telah dipesong jalan ceritanya.

Achik,
Selamat tahun baru.

Kak Ummu,
Kak ummu saya teringin sangat nak baca novel tu. tak apa nanti saya akan cari. lepas tu tentang adik Kak Ummu saya berbesar hati kalau perlukan saya, akhbiri ilayya. ana mafi mushkilah.

hakim dirani said...
This comment has been removed by the author.