Friday, March 02, 2007

SUPAYA MENJADI TAULADAN

Suatu ketika,
Seseorang sedang bertanya kepada ustaz tentang suatu perkara. Ustaz menjawab. Kelihatan jawapan yang diberikan kurang memuaskan hatinya. Ditanya soalan tambahan yang berbentuk susulan dari soalan tadi. Nampaknya soalan susulan ini juga tidak memberi keselesaan kepadanya. Melihat dari raut wajahnya, kelihatan dia dalam keadaan yang resah. Entah mengapa. Kali ini dia bertekad ingin mengajukan soalan yang akan memperoleh jawapan yang diingini.

Dia hampa, jawapan yang ustaz berikan semuanya ironi belaka. Dia marah betul dengan Ustaz di masjid tadi. Dia hairan, mana mungkin tiada langsung pendapat ulama walaupun (pendapat) lemah yang memihak kepadanya. Satu lagi, mungkin ustaz itu memang tak sukakan peribadinya, maka ustaz cari jawapan yang tak diingini.

"Aku kena lancar juga projek ini. Biarkan apa orang akan kata. Aku tak peduli. Yang aku tahu, aku akan kaya dengan kejayaan projek ini." Sambungnya lagi "Aku tahu, orang akan bising tentang projek ini. Bertentang dengan agamalah, itulah, inilah. Tapi yang lebih penting aku tahu yang orang akan bising sekejap sahaja. Nanti, selepas berapa detik senyap kembali. Jadi ia tak akan memberi kesan yang besar kepada aku." Ujarnya dengan bangga.

Ketika beberapa orang kenalannya bertanya adakah dia membuat rujukan dahulu sebelum dia laksanakan projeknya. Dia dengan selamba menjawab "Ustaz tu, semuanya tak boleh. Itu haram, ini haram. Sampai aku tak tahu apa yang boleh bagi dia. Aku nak jual barang ini bukan untuk orang islam, tak mungkin itu juga haram" Ujarnya dengan begitu geram.

Untuk memendekkan cerita akhirnya ustaz itu dipecat daripada masjid. Dia begitu gembira. Puas hatinya. Bermacam perancangan dia usahakan untuk melihat kejatuhan ustaz itu. Bagaimana dia lakukan tak dapat di ceritakan kerana ia akan memanjangkan cerita ini.
Cerita habis.

Saya cuma bayangkan ini satu pengorbanan yang akan ahli agama hadapi. Ini bukan perkara kecil bagi saya memandangkan saya yang mendalami bidang syariah. Ini salah satu contoh yang sedang saya fikir di samping banyak lagi isu-isu yang akan dihadapi oleh para guru agama ekoran ummah hari ini mula menjauhkan diri dari landasan yang benar.

Kalau tak salah saya, kes-kes sebegini ada juga berlaku di sebahagian tempat. Tetapi tak pasti pula di mana. Jadi saya buatkan satu cerita yang umum supaya siapa yang makan akar seronton dialah yang rasa pahit.

Apa yang paling saya risau, contoh yang saya bayangkan di atas menimpa saya sendiri.
Wali’yazubillah.

22 comments:

BaYu SenJa said...

kalau takut menanggung risiko, jangan bicara perjuangan..
hehe:)

Cikgu Siti Homestay Taman Indah said...

kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

ngeh ngeh ngeh... sambung ayat atas je..

p(^_^)q

kingbinjai said...

dude, rezeki itu di tangan Allah.

zizie ali said...

sepatutnya dia beri dulu skrip jawapan yang perlu dibaca oleh ustaz.
dia juga dah salah pilih ustaz. sebenarnya masih ramai ustaz yg bersedia memberi jawapan yg selaras dgn keinginannya. ustaz yg amat mencintai tembolok masing-masing.

achik said...

salam... :)

blackpurple @ jowopinter said...

Projek apa sebenarnya yang ingin dilaksanakannya itu...?

Anonymous said...

bila semakin tinggi ilmu seseorang itu,maka semakin tinggi lah ujian yg perlu ditempuhinya.berdoa lah kepada Allah,moga2 kita masih tergolong dlm golongan yg diredhai olehNya.

zino said...

yg penting kita bercakap perkara yg benar.. perkara yg hak.. usah bimbang dengan cabaran yg belum pasti..

INDERA KENCANA said...

Hakim,
Katakanlah yang benar walaupun ianya pahit. Demikian sabda Rasulullah, kan?

Sastri said...

Salam... berani kerana benar... walaupun kebenaran itu sukar diterima oleh orang lain dan bakal membuat kita kurang popular...

Unknown said...

Salam,

Itu memang sunnah orang berjuang, Mana ada perjuangan dihampar dengan hamparan merah..

Pernah baca novel Imam tulisan sasterawan negara Abdullah Hussain?

hakim dirani said...

Bayu,
Sungguh, sungguh.

Puteh seroja,
Saya tak tahu sambungannya. maaf.
:)

Kingbinjai,
Saya setuju.

Zizie Ali,
Mungkin dia masih kurang tahu tentang ustaz yang jenis itu.

hakim dirani said...

achik,
Salam. :)

Blackpurple,
Itu masih dalam siasatan.

Mr Penyu Biru,
YA, sama-samalah kita berdoa.

Zino,
Saya setuju, walaupun perit ia perlu ditempuh.

Indera Kencana,
Ya, begitu sabda Rasulullah.

Sastri,
Ini cabaran untuk orang kuat.

Jiwa Rasa,
Ya, saya pernah baca. cabaran yang cukup perit. mudah-mudahan saya segagah imam.

Unknown said...

kena kuat!!

banggugar said...

kita yang benar semestinya berani membicarakan yang hak dan betul. saya, tak tau lah berani ke tak?? keliru jugak.

Anonymous said...

salam.
tu gambar seblah tu... gambar snow kat syria ke? aduh! cantik!!! subhanallah.

Anonymous said...

salams,
good is good & bad is bad = we can't mix 'em.

ok la tu.. kalo senang sgt, tak manis jadiknye..

hakim dirani said...

Sikenit Comel-AminBakish,
Insya-Allah.

bang_gugar,
Ya, yang saya takut tu kita bila bincang kaedah tu mudah. tapi masa nak buat tu perlu ketahanan yang mantap.

Saz,
Ya. datanglah sini kalau nak main.

Amokdemanis,
mungkin untuk memaniskan....

Anonymous said...

ya hakim dirani... bilakah kamu mahu updet blog ini.. hehe..

~albazrah~ said...

Assalamu'alaikum

Hakim, Apa khabar? Insya Allah... berbekalkan iman dan ilmu yang Hakim ada, Hakim akan tegar menghadapi apa jua cabaran dalam dakwah.

Hakim akan terus jadi air sungai yang mengalir sehingga ke hujung, walau macam2 yang air sungai itu tempuh sepanjang perjalanannya menuju ke laut. Akhirnya sampai juga

syauqah-el-wardah said...

Pejuang kebenaran kena berani. pesanan untuk diri saya juga...

Baru diuji dengan dunia kampus, saya sudah beraduh, mengaduh dengan karenah insan sekeliling. Pengalaman yang ditimba di kampus moga-moga dapat menguatkan saya berhadapan dengan dunia sebenar di luar..

Sama-sama mohon kekuatan daripada-Nya.

macai_suci said...

Bergitulah kehidupan adakalanya kita terpaksa mengharungi kepahitan dalam hakikat berdakwah. Kita lihat contoh yang terbaik rasulallah sendiri terpaksa menahan tumbukan-tumbukan yang kejap dari puak kafir quraisy. Dan bagi saya ini jelas sebenarnya menunjukkan islam ini sentiasa dicabar dan tercabar namun yakinlah "agama yang mulia di sisi Allah adalah Islam" so...dalam erti kata lain sanggupkah kita mati dalam kefasikan yang nyata dari memilih untuk berfatwa islam dan menuju syurga Allah....Tepuk dada tanya selera