Saturday, December 16, 2006

SATU PERJALANAN, BANYAK KENANGAN

‘Ya, masih ada satu tempat kosong’ fuhh!! Ketika ini hanya Allah yang tahu perasaan saya. Betapa gembiranya saya kerana mendapat tahu yang saya boleh sertai rombongan malam ini.

Masakan tidak, apa yang saya dengar sebelum ini sudah penuh, jadi seperti sudah putus harapan pula. Nasib baik setelah diperingat oleh seorang sahabat supaya pastikan dahulu masih ada ruang atau tidak, saya turuti. Kalau tidak, tak berpeluanglah saya menyertai rombongan kali ini.

Menurut ketua rombongan, kami akan bertolak jam dua pagi. Saya ketika diberitahu boleh menyertai sudah jam 8.00 malam. Perjalanan kami dijangka hanya memakan masa sehari. Fikir saya tak perlu saya siapkan barang yang banyak, Mungkin sekdar benda asas seperti kamera sahaja.

Perjalanan kami bermula jam 3.00 pagi bertolak dari Damascus. Setelah mengambil tempat masing-masing. Sedikit taklimat diberikan oleh ketua rombongan tentang perjalanan yang sedang kami lalui ini.

Destinasi pertama kami ialah Masjid Saidina Khalid bin Walid, iaitu di negeri Homes. Daripada Damascus mungkin memakan masa hampir dua jam untuk sampai ke masjid ini. Antara tempat menarik yang ada di sekitar masjid ini ialah kubur tiga orang sahabat Rasulullah s.a.w. iaitu, Khalid bin al-Walid, Abdul al-Rahman bin Khalid bin al-Walid dan Abdullah bin Umar al-Khattab.
Masjid Saidina Khalid
Makam Saidina Khalid
Di hadapan masjid itu terdapat satu tugu yang tercatat kata-kata Saidina Khalid yang bermaksud,

Aku telah melihat (mengikuti) seratus peperangan dan tidak ada sejengkal pada badan ku kecuali padanya ada tetakan pedang, lontaran anak panah atau cucukan tombak, dan sekarang ini keadaanku sakit mati atas tilam dengan perasaanku, aku mati sebagai seorang pengecut.
Tempat ditulis kata-kata Saidina Khalid
Setelah selesai mengucapakan salam pada ketiga-tiga sahabat Rasulullah ini dan sesi bergambar, kami meneruskan perjalanan kami. Destinasi yang seterusnya ialah negeri Hama, di situ ada dua tempat yang menarik yang akan kami lawati,
1. Kubur Saidina Umar bin Abdul Aziz, khadam dan isteri beliau.
2. Kincir air. Saya difahamkan bahawa sekitar kawasan itu adalah tempat terawal penempatan manusia. Tentang kesahihannya masih di dalam pencarian.

Makam Khalifah Umar bin Abdul Aziz, isteri dan khadamnya.
Pagi itu kami hanya sempat pergi ke makam Khalifah Agung itu dahulu. Mungkin kerana ada beberapa masalah teknikal jadi jika masa mengizinkan kami akan singgah ke kincir air itu.

Selepas betolak dari makam khalifah Bani Umayyah yang ke lapan itu, destinasi yang seterusnya ialah ke Negeri Aleppo atau dalam bahasa arabnya dipanggil Halab.
Halab terletak di utara Syria dengan jarak lebih kurang 350 kilometer. Penduduknya lebih kurang 3283000 penduduk dengan keluasan 16,142 kilometer persegi. Negeri ini juga banyak memainkan peranan penting dalam industri kapas, gandum dan Zaitun.
Halab juga terkenal dengan jame'-jame' dan gereja. Ia juga menjadi bandar Islam ketiga disebabkan banyak jame'-jame' dan sekolah-sekolah islam di sini.
Muziaum di sini memaparkan pelbagai penemuan arkeologi sejak dari zaman batu hingga sekarang.
Antara tempat pelancongan yang ada di Halab ialah, Kota Halab yang terbina di atas sebuah bukit setinggi 40 meter, ia merupakan benteng tertua dan terbesar serta meninggalkan monument (tugu peringatan) yang bersejarah di Halab. Masuk ke dalam kota itu memang mengkagumkan. Dengan senibina yang menarik dan seakan-akan satu pembinaan yang sempurna.
Kota Lama Halab Dalam kota
Kami juga berpeluang mengambil gambar bandar Halab dari atas menara yang berada di dalam kota lama tersebut.


Sayang sekali muzium yang berada di dalam kota itu ditutup. Sebabnya saya juga tak pasti.

Ketika itu badan saya sudah lesu, mungkin kerana tak tidur semalaman.

Saya tertarik kepada bayaran tiket untuk masuk ke kota itu iaitu RM 11.00 (setelah ditukar) tetapi oleh kerana kami memiliki kad pelajar kami hanya perlu bayar seorang RM 0.70. memang untung.

Setelah selesai sesi pusing Kota Halab, kami terus berjalan ke Suk Qadim (bazar kuno) yang bersebelahan dengan kota tadi. Oleh kerana saya tak fikir nak beli sesuatu saya hanya sekadar tinjau-tinjau sekitar bazar tersebut dan terus ke Jame' Umawi.

Sebahagaian tempat di Bazar Kuno
Suk Qadim (bazar kuno) memanglah menjadi tempat utama dan sasaran sejak berzaman lamanya sebagai destinasi membeli belah. Bazar sepanjang 10 km ini diliputi dengan lorong-lorong sempit dan bercabang dan semuanya dipenuhi dengan peniaga dan pembeli. Antara barangan yang popular yang terdapat di sini seperti cenderamata purba dan moden, mingak wangi, barangan kemas, pakaian dan sebagainya. Bazar ini dipercayai telah wujud sejak abad ke-15 lagi.
Jame' Umawi pula atau nama lain Jame' Kabir merupakan Masjid terbesar di Halab serta mempunyai seni ukiran halus dan unik sekali berbanding lebih 1000 jame' yang berada di sini. Dibina pada zaman Khalifah Umawi Sulaiman bin Abdul Malik( khalifah ke 7). Jame' ini dihiasi dengan menara empat segi yang kukuh. Manakala tempat berkhutbah dan mihrabnya pula dibuat daripada sejenis kayu hitam keras dan ditekap ke atasnya sejenis gading bagi menhasilkan corak hiasan yang cantik serta menawan. Didalam Jame' ini juga terdapat makam Nabi Zakariyya. tetapi kesahihannya masih bolem diketahui.
Jame' Umawi atau Jame Kabir (kabir= besar)

Kata ketua rombongan kami, jam 1.00 petang semua ahli rombongan perlu berkumpul (di tempat yang yang di janjikan). Mungkin kerana terpesona dengan jualan di Bazar Kuno itu, sebahagian dari ahli rombongan terlewat sehingga satu jam.

Antara yang menarik di Halab ini ialah tentang suasana islam yang masih di jaga. Perempuan yang membuka aurat hampir tiada. Saya benar-benar kagum dengan persekitaran Halab.

Setelah semua berkumpul dan menjamu selera, kami berangkat pulang. Ketika ini saya sangat lesu dan memerlukan rehat yang cukup. Mengikut jadual perjalanan, kami masih berbaki satu destinasi ketika perjalalanan balik iaitu di kincir air di Hama.

Sekitar 4.00 petang kami tiba di Hama, kawasan kincir air itu. Menurut ketua rombongan kami, kincir semuanya ada dua belas. Saya tak kira pula ada berapa tapi apa yang pastinya tempat itu tidak dijaga dengan baik dan keadaan di sana begitu teruk.


Kincir air, Hama
Jika anda seorang penggemar rancangan Jejak Rasul anda pasti pernah melihat kincir air itu. Saya pasti anda tentu rasa keadaan di sana begitu menarik. Tetapi hakikatnya…. Tidaklah begitu cantik, bukan tak cantik langsung.

Selepas itu, kami semua pulang dengan perasaan yang cukup puas dan saya rasa ni satu perjalanan yang seronok dan insya-Allah tak akan mudah hilang dari ingatan.
Nota Kaki,
1. Jame': Masjid
2. Suk: Bazar
3. Qadim: lama/kuno

17 comments:

Anonymous said...

salam ya hakim,

Maha Suci Allah...beruntung nya anda dpt ziarah......semoga sentiasa mendapat keizinan dan keredhaan NYa...

IFFAH said...

Salam, Hakim

Subhanallah,Tabarokallah...
cantiknya pemandangan dari luar masjid saidina khalid.Kagum !

Em, tak pe lah, nak doa, supaya suatu hari nanti dapat zaiarah Bumi Syria ni especially bandar Halab yang kaya dengan Masjid...Insya-Allah !

Iman Mawaddah said...

Masyallah bertuahnya Hakim..jauh berjalan luas pengalaman, hikmah Allah untuk perantau seperti Hakim.

Anonymous said...

Untung jadi student, cuma 70 sen saja kena bayar. Hi2x.

Jangan biar kenangan ni hilang ya Hakim, nanti boleh tulis novel.

Bertuah dapat ziarah maqam para sahabat dan khalifah agung Umar bin Abdul Aziz.

Nanti jangan lepaskan peluang kalau ada lawatan, Hakim mesti pergi lagi...pastu cerita kat sini.

Anonymous said...

terima kasih atas sokongan anda. Saya sangat menghargainya.

Anonymous said...

salam.
amboi...hakim, tak ajak ana pi sekali noo..tak pe..
moga ziarah tersebut dapat mendekatkan anda denganNYA..

hakim dirani said...

Anonymous
ameen, saya doakan anda juga dapat datang mnziarahinya satu hari nanti.

Kak Iffah,
Ya, saya doakan insya-Allah.

Iman Mawaddah,
Tolong doakan saya supaya rahmat allah ini sentisa diperolehi untuk membuat kebaikan.

Kak Azma,
Saya pun terkejut juga kerana turun harga sampai tahap itu.

insya-Allah, saya akan cuba.

Serunai Faqir,
Tak perlu berterima kasih keada saya. ini sudah menjadi tanggungjawab sebagai saudara.

hakim dirani said...

Arjuna,
Sebab ana tak ajak anta,
1. kursi penuh, ana org yang terakhir boleh sumbat.

2. anta sibuk segan nak kacau. ;)

kingbinjai said...

bessnya

zizie ali said...

lawatan berimformasi! dpt bangkitkan kenangan perjuangan para mujahid silam. tetap releven sebg contoh sepanjang zaman.
rebut peluang. jgn sekadar jadi pelajar yg beku di bilik kuliah.

tuan tanah said...

Wow!!!

saya dengki.

Unknown said...

bertuahnya dapat berjalan-jalan ke sana. saya teringin juga ke luar dari bumi kelahiran ini untuk melihat ke luar.

hakim dirani said...

Kimgbinjai,
:)

Zizie Ali,
Terima kasih. nanti jika berpeluang saya ajak anda pula.:)

Tuan Tanah,
ha ha ha, sabar.

Saya doakan satu hari nanti anda sampai juga.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam. Terigin juga suatu hari nanti melawat tempat-tempat sebegitu.

Tahniah...

Bunga Rampai said...

Salam,

Bagus mengembara!

Selamat menyambut HAri Raya Korban.

Moga tetap teguh di eprantauan.

Anonymous said...

SubhanAllah!

Beruntungnya mrk yg dipilih Allah...Nenek dan datuk ana juga sudah ke Halab.

Moga beroleh barakah.

QUDS REALCLOCKWISE said...

asalamualaikum.. rasa macam nak nangis pun ada bila baca catatan anta ..tempat dan susunan atucara perjalanan anta ni sama sebijik yg pernah ana lalui ....ingatan segar kembali...anta dimana sekarang ni..masih di Dimash lagi ke?email ana..mungkin ada sesuatu yg boleh kita kongsi..end year ana ada trip jln darat ke syria nak joint?