Tuesday, September 12, 2006

KITA HANYA MERANCANG....

3.30 petang: "Alamak! mereka tiba lewat setengah jam dari yang di tetapkan." Rungut saya.

4.00 petang: "Alhamdulillah, sampai juga mereka." Reaksi kami apabila menerima makluman yang rombongan dah sampai. Ketika itu bilangan kami yang menunggu seramai hampir 30 orang.

5.00 petang: "Lama juga ya mereka nak keluar" Kami masih menuggu. kami dah mula merasa hairan dan gelisah.

5.30 petang: Keluar Shahrizal (pelajar yang pulang bercuti) ke tempat kami menunggu. Kami terus menerpa Shahrizal.

Kata Shahrizal semua dua belas pelajar baru tak dapat keluar. Mereka ditahan. Mereka masih menunggu di dalam. Wadi Anuar masih uruskan mereka.

6.00 petang: Ibu bapa Wadi Anuar keluar menemui kami. Kata pak cik itu, dia dapat keluar kerana dia membeli tiket pergi dan balik. pak cik dan mak cik pulang ke Damsyik. Dia tak tahu di mana dia akan tinggal kerana anaknya masih di dalam menguruskan pelajar baru yang dua belas orang itu.

Selain Wadi Anuar masih ada seorang pelajar yang pulang bercuti namanya Nazir Pawan Zainal. Turut ditahan.

Kami hubungi presiden PPMS Abu Bakr bin Sidik. Dia baru balik dari belajar. Dia amat letih ketika itu.

7.00 senja: Bilangan kami semakin berkurangan. kami hanya tinggal 15 orang(kalau tak salah).

Abu Bakr tiba di Lapangan Terbang Damascus. Abu Bakr menuju ke arah kami. Abu Bakr tanya apa perkembangan pelajar yang ditahan, yang tak dibenarkan keluar, yang termasuk daripada mereka Mohd Farid Hamdi bin Redzuan iaitu adik saya. Abu Bakr menghubungi Kedutaan Malaysia Di Syria memohon kejasama mereka menguruskan pelajar yang masih tak dapat keluar, yang masih ditahan, yang salah seorang daripada mereka adik saya.

selepas itu Abu Bakr menghubungi Mr Samir. saya tak jelas apa jawatan dan hubungan dia dengan Kerajaan Malaysia, tetapi saya beranggapan yang Encik Samir amat diperlukan khidmatnya. Dia seperti dapat menolong.

Kami yang masih di Balai Menunggu, sudah pasti amat risau. Kami Berdoa agar Allah permudahkan urusan mereka.

7.15. senja: Hari sudah malam. Mereka masih belum keluar. Kami masih menuggu apa-apa berita dari dalam. kami cuba hubungi mereka.

Ustazah Maryam Jamilah Yusuf yang mengetuai pelajar perempuan masih menunggu tiga orang pelajar perempuan yang masih ditahan bersama rombongan Wadi Anuar.

8.00 malam: Wadi Anuar keluar menemui kami. katanya, pelajar yang ditahan memang susah nak dilepaskan. Tambah Wadi, mereka seperti tak mahu pelajar luar datang belajar di sini.

9.00 malam: Oleh kerana keadaan masih tak di menentu kami minta Ustazah Maryam dan kawan-kawannya pulang dahulu. Nanti kami yang akan uruskan semua. mereka menurut. Hafiz Ahmad yang diprtanggungjawabkan untuk menemani Ustazah Maryam dan rakan-rakannya pulang.

Dalam tempoh ini segala percubaan demi percubaan kami buat untuk permudahkan urusan.


12.00 pagi: Kami merasa sedikit gembira kerana wakil Kedutaan datang terus berjumpa pegawai yang bertanggungjawab. Kami seperti mendapat sedikit harapan.

1.00 pagi: Datang seorang lagi pegawai kedutaan. Dia terus bertemu pegawai Lapangan Terbang, sama seperti pegawai kedutaan yang pertama tadi.

Pihak kedutaan banyak berhubung dengan Abu Bakr. Segala perkembangan mereka saling berkongsi.

Mr Samir juga datang di juga seperti pegawai kedutaan terus masuk ke dalam.

1.30 pagi: kata pegawai kedutaan bahawa pelajar yang ditahan akan keluar dalam tempoh setengah jam selepas itu. mereka minta kami cari kenderaan untuk pulang. Kami menarik nafas lega.

2.30 pagi: pihak kedutaan memaklumkan yang mereka akan keluar dalam tempoh 20 minit kemudian. kami dimaklumkan yang pelajar yang ditahan akan dihantar pulang ke tanahair selepas dua minggu.

Saya ketika itu dah tak tahu nak cakap apa. Saya hanya mampu berdoa dan bertawakkal.

3.00 pagi: Alhamdulillah. Mereka Keluar juga Akhirnya. Pegawai Kedutaan iringi mereka. Pegawai Kedutaan maklumkan yang mereka akan adakan perjumpaan tentang dua belas pelajar ini. pasport mereka akan dipegang dan dijaga oleh Kedutaan. PPMS perlu Tunggu panggilan dari Kedutaan.

Sedih saya lihat mereka. letih semuanya. Kami segera mencari kenderaan untuk ke Damsyik. Mereka perlu direhatkan segera.

Hari ini. ketika ini. pelajar masih dihantui dengan berita yang mereka akan dihantar pulang dalam tempoh dua minggu.

Kedutaan masih belum menghubungi kami. Segala maklumat terkini kami hanya masih menunggu.

ketika ini juga seorang pelajar yang baru ke sini masih ditahan. Saya berdoa agar Allah mempermudahkan urusan.

Tadi, ketika saya ke sebuah kedai. saya dengar dari penjaga kedai itu yang Pemerintah Syria sekarang ini ditekan supaya menutup sekolah aliran agama (Islam) di sini. Kita sama-sama lah berdoa.

Saya juga Berharap agar anda semua tolong berdoa agar Maahad Syarie di sini beroperasi dan akan terus beroperasi. marilah kita sama-sama berdoa agar pelajar yang akan ke sini tidak lagi menghadapi rintangan seperti yang sebelum ini.

Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

11 comments:

INDERA KENCANA said...

Saya juga turut berdoa agar berita yang didengari itu tidak menjadi kenyataan. Juga berdoa supaya pelajar-pelajar itu dan adik anda tidak dihantar pulang.

Begitulah birokrasi Jabatan Imigresen di mana-mana negara pun. Saya paling benci melalui sekatan imigresen.

Boleh Hakim terangkan lebih lanjut kenapa Madrasah, Kolej dan Universiti beraliran agama di Syria menghadapi tekanan untuk ditutup. Adakah tekanan itu datang dari corak pemerintahan sekularisma atau juga tekanan dari kancah politik Asia Barat??

zizie ali said...

abu bakr bin sidik? budak nagori. baru-baru ini mengajar sementara di sebuah sekolah swasta di kelang. saya kenal. saya kenal. dan pernah jumpa. pernah sembang panjang.

~albazrah~ said...

Kesian nya diaorang semua... selalu dengar cerita macam ni dari kawan2 di luar negara. Semoga Hakim tenang, jangan risau2 sangat. Allah akan mempermudahkan urusan adik Hakim dan student baru yang lain.

Insya Allah, rezeki penuntut ilmu ni, selalu min haisu la yahtasib. Niat diaorang ikhlas mencari ilmu, seluruh malaikat dan makhluk pun mendoakan mereka.

Kak Azma pun doakan mereka.

Unknown said...

Menuntut Ilmu itu jihad. Mungkin diberikan sedikit ujian untuk memantapkan keyakinan.

Insya Allah. Moga dipermudahkan urusan.

Jangan putus harap dan doa.

Wan A. Rafar said...

Semoga semuanya selamat. Usaha agama memang begitu, sentiasa mendapat ujian dan tentangan. Tidak ada para nabi yang tidak mendapat ujian.

ufukhati said...

Cabarannya hebat sekali.
Allah akan menolong anda semua.

hakim dirani said...

Indera Kencana,
Terima kasih kerana sudi berdoa. Mudah mudahan akan dimakbulkan oleh Allah.

Zizie Ali,
ya. Budak negori. seorang yang sentiasa senyum.

Kak noor Azma,
Ini mungkin cabaran yang mereka terima. Di mana juga kita belajar cabaran tentu datang dengan rupa yang tersendiri.

Terima kasih juga kerana berdoa untuk kami.

Jiwa Rasa,
InsyaAllah semuanya baik. Mudahan jihad ini dapat kami terima dengan baik.

Pak Wan,
Terima kasih atas nasihat yang diberikan.

Pak Darma,
Insya-Allah.

dugongsenyum said...

Aku doakan kalian semua selamat. Cabaran tu... cabaran... kalau dapat tempuh cabaran ni mesti jadi pengalaman yang menarik untuk diceritakan pada anak cucu kau nanti, jadi pedoman mereka pulak.

rudy bluehikari said...

saya doakan agar semuanya Allah permudahkan. Alhamdulillah, selama 4 thn di jepun saya tidak mengalami kesukaran sedemikian. Moga2 diberi kesbrn kpd 12 pelajar berkenaan. salam ukhwah saudara hakim (mcm nama anak saya pulak...)

Anonymous said...

hidup di bumi anbiya' memang penuh cabaran tetapi disirami rahmah. Menyambut kedatangan pelajar baru memang mencabar. Moga-moga dimudahkan.

p/s:mohon izin link

hakim dirani said...

Basri,
Sebelum nak kecapi kenangan tu, kena menghadai dahulu kalau tak berjaya tak dapat cerita lah.


Rudy,
Terima kasih kerana tolong berdoa.
insyaAllah mereka akan bersabar.

Nai.
ya, mudahan rahmat ini kami kecapi.

tentang link tu silakan.