Tuesday, January 02, 2007

SALAM AIDUL ADHA DAN SELAMAT TAHUN BARU

Majlis ramah mesra bersama Ketua Polis Negara
Selamat menyambut hari raya Aidil Adha kepada anda semua yang pernah berkunjung ke blog ini, atau yang mengenali saya di selain alam maya ini atau sesiapa yang mengenali saya dengan cara apa sekali.

Selamat menyambut tahun baru 2007 kepada anda semua yang pernah berkunjung ke blog ini atau yang mengenali saya di selain alam maya ini atau sesiapa yang mengenali saya dengan cara apa sekali.

"Kullu 'am wa antum bi khair"
Kepada kawan-kawan yang menhidap penyakit darah tinggi atau sebagainya, saya nasihatkan jangan terlalu banyak makan daging, kerana saya risaukan kesihatan anda. :)
Kenapa ya ? saya sekarang ini ditimpa penyakit malas yang agak kritikal tolong doakan saya sembuh ya.

21 comments:

Anonymous said...

Ya Allah Ya Arrhamarrohimin,

-kembalikan lah kekuatan yang telah Engkau anugerah kan kepada Hakim, semoga selamanya dia menjadi hamba Mu yang bersyukur-ameen.

INDERA KENCANA said...

Salam untuk Hakim di Syria,

Waahh.. hensem-hensem student kita di Syria tu..

INDERA KENCANA said...

Semoga hakim menemui kerajinan yang hilang seketika itu...

Anonymous said...

Slmt Ari Raya AidilAdha n Slmt Tahun BAru.

Anonymous said...

Cepat2 sembuh.. Salam idul Adha dan Selamat Tahun Baru :)

Iman Mawaddah said...

Salam aidiladha untuk Hakim..walaupun terlewat sikit tp tak mengapalah..saya pun diserang penyakit malas..malas nak update blog hehe..ntah laa

Nazhatulshima N said...

Kadangkala penyakit ini perlu supaya ia dapat menimbulkan rasa bersalah dan akan lebih rajin bila sembuh kelak. Harap tidak dibiarkan lama dan memudaratkan. Jangan jadi dalam golongan orang yang kerugian. Insya Allah!

Anonymous said...

Selamat Berkorban demi Agama Bangsa dan Negara

macai_suci said...

Al-Hamdulillah selamat sudah rasanya kita menyambut Eidul Adha...Saudaraku Hakim Penyakit malas tu senang sahaja ubatnya nak tahu...banyakan istighfar...

hakim dirani said...

Terima kasih kepada anda semua kerana sudi mendoakan saya, mudah-mudahan segala jasa baik anda akan di balas oleh Allah.

jirankubur said...

salam.. saya rasa dari kita doakan hakim sembuh dari sakit malas, baik kita doakan dia cepat2 dapat jodoh.. secara tak lansung penyakit malas dia akan hilang.. tapi kalau malas jugak.. saya tiada apa2 komen.. "upa"

tuan tanah said...

Semoga cepat sembuh!

IFFAH said...

Salam,

Hakim, semoga sentiasa dijauhkan dari sifat malas. Yang paing penting, jangan tinggalkan doa dari hadith sahih yang sentiasa diamalkan oleh Nabi SAw.(untuk menjauhi sifat malas.Insya-Allah!

Kullu 'am wa antum bi khairin.

AKMA said...

Assalamualaikum Hakim Dirani,

Maaf lama tidak bertandang ke mari. Hujan amanah terlalu lebat sekarang sehingga merantai langkah. Malas dan beku..kerana musim sejuk...gagahkanlah. Musim sejuk akan berakhir juga. Carilah pembakar semangat! Selalunya foto mak dan ayah mampu saja membakar beku musim sejuk. Bangkitlah anak Melayu!

AKMA

Anonymous said...

masih beraya lagi kah?

Bunga Rampai said...

Salam,

Aduh, jangan malas-malas, nanti tak lulus periksa!

Doa saya mengiringi agar rajin semula.

Unknown said...

Moga segera sembuh dari penyakit. Saya tak ada ubatnya. Kena usaha sendiri mencari penawar.

~albazrah~ said...

Allahhumma inna na'uzubika minal hammi wal hazan. Wa na'uzubika minal 'ajzi wal kasal. Wa na'uzubika minal jubni walbukhl wal fasyal. Wa na'uzubika min ghalabatid dayni wa qahril rijal.

"Salam Ma'al Hijrah" Semoga Hakim segera berhijrah dari penyakit malas kepada rajin, aktif dan ceria...ameen

Anonymous said...

:) jangan malas-malas tau...

banggugar said...

mana daging2 yang dipotong tu.. dah lama aku tunggu nak buat gulai ni.. tak kan makan sorang2 kot.. salam berkenal

Anonymous said...

salam maal hijrah 1428
Moga makin cemerlang sebagai Ummah Baginda s.a.w

Akrab dengan cintaNYA dan tidak terheret dalam rencam dunia yang bisa membuat manusia jatuh cinta denganya.