Bila hangat kes Syiah di negara kita baru2 ini. orang yang kurang pengetahuan tentang Syiah (baca:saya) akan mula mengenali tentang istilah TAQIYYAH. yang baru selangkah pula bila mengetahui bahawa ia salah satu dari pegangan Syiah, terus mereka melenting yang Taqiyyah ini secara keseluruhannya tidak boleh dipakai. tapi, benarkah begitu? tanpa menafikan penggunaaan Syiah salah kerana terlalu membesarkannya sehingga ke perkara yang remeh, Aqidah Taqiyyah ini pada pandangan Ahli Sunnah pula bagaimana?
Ulama meletakkan penafsiran Taqiyyah ialah: Memelihara diri, maruah atau harta dari kejahatan musuh.
Ilmuan Islam juga mendefinasikan erti musuh kepada dua bahagian.
1. Musuh yang kerana perselisihan agama yang menjadi sebab permusuhan (musuh agama).
2. Permusuhan yang bersumberkan tujuan dunia seperti harta benda atau kerajaan (Musuh dunia).
Musuh Agama:
Jika seseorang mukmin berada di satu tempat yang dia tidak mampu menzahirkan agama, ia perlu berhijrah ke satu tempat yang ia boleh untuk menzahirkan agamanya. dengan syarat mukmin itu bukanlah wanita atau kanak-kanak atau orang tua (tidak upaya). mereka ini diringankan oleh Allah sepertimana firmannya dalam surah Nisa ayat 97 & 98.
dan jika golongan yang lemah dan kurang upaya ini ditakutkan akan dibunuh atau sebagainya, mereka boleh tetap dan menuruti secara zahir dengan tidak melebihi kadar yang darurat. Serta berusaha untuk lari dan keluar dari agama golongan tersebut.kerana ketika ini kita diberi kemudahan atau kelonggaran (rukhsah) untuk berbuat demikian. menyatakan apa yang di hati kita (keimanan) adalah 'azimah atau kewajipan. Jika ia mati kerana menyatakan keimanan seperti kes ini, ia dikira syahid. Perkara ini bersandarkan kepada hadis yang menceritakan tentang Musailamah al-Kazzab telah mengambil dia orang dari sahabat Rasulullah dan Musailamah bertanya kepada salah seorang dari mereka, "adakah kamu bersaksi yang (nabi) Muhammmad adalah Rasulullah?" jawab sahabat tersebut "ya, ya, ya" kemudian Musailamah membalas "adakah kamu juga bersaksi yang aku ini Rasulullah?" Sahabat tersebut menjawab "ya" mendengar jawapat tersebut Musailamah melepaskannya. Kemudian Musailamah memanggil sahabat yang kedua dan bertanya "adakan kamu bersaksi bahawa (nabi) Muhammad Rasulullah?" Sahabat itu menjawab "ya" kemudia Musailamah bertanya seperti dia bertanya kepada sahabat yang pertama "adakah kamu bersaksi yang aku juga adalah Rasulullah?" sahabat tersebut menjawab sebanyak tiga kali "aku tidak dengar (tuli)" Musailamah memancung tengkok sahabat tersebut. Apabila sampai cerita ini kepada Rasulullah, baginda bersabda yang mafhumnya "Adapun yang terbunuh, telah berlalu ia dengan kebenarannya dan keyakinan. dikira dengan kelebihan. adapun yang seorang lagi, diterima Rukhsah (kelonggaran) yang diberi oleh Allah dan tidak akan dituntut keatasnya.
Musuh Dunia:
Ulama berselisih pendapat tentangnya:
Pendapat yang pertama: wajib ia berpindah kerana firman Allah yang bermaksud "janganlah Kamu mencampakkan diri kamu dalam kecelakaan" al-Baqara 195. dan juga kerana larangan supaya tidak menumpahkan harta. juga larangan yang bersumberkan sabdaan Nabi (Mafhum) "sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia adalah shahid"
Pendapat kedua mengatakan tidak wajib kerana ia adalah sekadar maslahah keduniaan dan tidak menjadi sesuatu kekurangan dalam agama kerana meningalkannya.
Menurut pengarang kitab Tafsir Ayaatul Ahkam ia berpendapat ketika ini juga menjadi kewajipan untuk berhijrah jika ditakuti berlaku kecelakaan pada diri dan keluarga atau dicemari kehormatan secara berlebih-lebihan.
Akhirnya suka untuk disebut respon kepada apa yang sering berlaku di sesuatu kelompok atau sesiapa sahaja yang menzahirkan kehormatan dan kasih sayang serta "wala' " dan persetujuan selagi mana ia tidak membawa kepada mudarat orang lain dan selagi perkara itu tidak mercanggah dengan asas agama ia adalah HARUS. Jika perkara ini membawa kepada mudarat orang lain seperti pembunuhan, dan kecurian, dan tipu dalam persaksian maka hukumnya sama sekali tidak boleh.
Sekadar sedikit perkongsian. jika didapati ada sebarang kesalahan dan sebarang kekurangan harap dapat beri respon kepada saya.
2 comments:
Alhamdulillah. Terima kasih berkongsi ilmu.
Salam Ramadhan :)
pengkaji sejarah yang adil akan mendapati pengikut Ali mengalami tekanan dan penderitaan khusus dari pemerintah, ini berbeza sekali dengan pengikut sunni yang dilindungi pemerintah- kepercayaan terhadap imamah yang dianggap nas membezakan mereka dari sunni-seandai sesiapa mengkaji sejarah secara jujur percaya
taqqiyah adalah amalan terbaik...mengapa harus membahayakan diri, seorang sunni jarang memikirkan ia sentiasa dalam bahaya
Post a Comment