Setiap negara mesti ada keunikan masing-masih. Termasuklah
Allah, kami syukur dengan segala limpahan nikmat yg engkau berikan.
Sebenarnya saya Cuma ingin sebut sedikit tentang cara mereka menyambut kelahiran Junjungan besar Pesuruh Allah, Muhammad SAW. Ya, mungkin ada sebahagian tidak menanggap ini sebagai perkara yang menarik, tapi itu bagi mereka. Bagi saya pula ini topic ini agak menarik dan suka untuk saya letakkan di sini.
Muslim Syria (sebenarnya
kasih mereka terhadap baginda begitu mendalam, kita akan perhatikan hampir setiap Jame’ dan masjid di sini akan berusaha untuk adakan program dan majlis semepena tarikh kelahiran ini. Kalau di Malaysia tidak lah begitu ketara kerana setiap kampong biasanya hanya ada satu masjid. Tapi disini hampir setiap 500 meter ada masjid dan jika hampir setiap masjid adakan majlis, mesti meriah. Kalau di Malaysia tempoh buat rumah terbuka sempena raya sebulan di sini sambutan maulid juga begitu, seperti tempoh sebulan untuk masjid-masjid mencari malam yang sesuai untuk diadakan program. Dan setiap masjid akan adakan dengan cara yang berlainan tetapi hadaf (tujuan) yang satu, membuktikan cinta kepada Allah dan pesuruhnya, baginda Rasul Muhammad.
Tentang aturcara, ada juga masjid yang selang-selikan antara bacaan qasidah burdah dan sedikit ucapan dari ulama yang hadir (biasanya setiap majlis ramai ulama yang akan turut serta), samaada tentang peribad rasul atau kepentingan mencintai rasul dan sebagainya. Dan ada juga yang membuat bacaan kitab serta sanad oleh syeikh tertentu. Caranya menkhatamkan sesebuah kitab (contoh Syamaiil Muhammadiah: kesempurnaan Nabi Muhammad) di dalam majlis tersebut dan diberi seperti ijazah yang mengandungi silsilah yang berterusan dari guru sehingga pengarang kitab.
Ini sebahagian dari apa yang sempat saya ikuti di sini. Mungkin ada pelbaga acara yang menarik tetapi tidak sempat diingati dan tak sempat nak dimasukkan. Jadi harap maaf.
Hakim, maaf lambat update. semangat nak menyambut maulid pon dah pudar. huhu