Thursday, September 18, 2008

PULANG JUGA SAYA AKHIRNYA

Sedar atau tidak, rupanya dah tiga tahun atau 1131 hari saya di Syria. Alhamdulillah, khamis lepas saya telah selamat pulang ke Malaysia. Melepas juga rindu saya kat tanahair. Dan apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepada semua kerana kerana mendoakan saya selama ini.

Waktu nak balik dahulu, 9 september gara-gara asyik dengan bersalaman dengan sahabat, kami teringgal kapal terbang. Haha. Punya la sedih waktu itu. Rujuk ke pejabat syarikat penerbangan, kami diberitahu bahawa 22 september adalah tarikh terawal yang dapat kami naik sebagai ganti kepada penerbangan kami yang lalu. Masalahnya ialah penerbangan dari Damascus ke Abu Dhabi, semuanya penuh. Dari Abu Dhabi ke KL tak ada masalah masih ada kosong. Hmm.. kami mengambil keputusan tunggu ja di airport Damascus pada 10 september kerana ada penerbangan yang nak ke Abu Dhabi walau penerbangan tu dah penuh. Manalah tahu kalau ada orang yang lambat juga kami akan ambil tempat mereka. Dan nasib kami baik kerana memang ada orang yang tak jadi datang. Syukur. Oh, anda jangan kata kami mendoakan supaya mereka tak jadi datang. Saya tak seteruk itu.

Ohh, ini adalah beberapa perkara yang nak saya komen selepas saya balik,

Satu, kalau dulu masa di Syria semua pertuturan adalah dalam bahasa Arab. Dan kesannya, ketika saya di kedai, atau tempat tertentu saya hamper nak gunakan bahasa arab. Nasib baik baru nak terkeluar. Kalau dah terkeluar, ternganga la penjaga kedai tu. Ha.. ha..y
Dua, saya terkejut sangat bila ramai juga yang pakai snow cap ketika matahari betul-betul di atas kepala. Mungkin, perinsip mereka “biar siksa asal bergaya” haha. Saya no komen.

Tiga, kalau dulu saya ni kalau jumpa orang melayu di Damascus akan menyapa mereka. Itu dah menjadi kebiasaan. Di sini, rasa pelik pula kerana saya seperti ada cenderung nak tegur sapa saja yang saya jumpa. Pelik la pula.

Empat, kata seorang sahabat saya, dia rasa lebih "sakit" jika “terlihat” perempuan Malaysia pakai seksi, beranding wanita arab. Kenapa? Saya tak tahu nak komen. Itu dia, bukan saya.
Selamat menyambut bulan Ramadhan. Harapnya kita berupaya menambah amalan kita di bulan mulia ini.
Saya tak mampu nak kemaskini atau nak komen di blog kalian kerana di Syria dulu ada masalah untuk berbuat demikian.

16 comments:

Anonymous said...

Selamat Hari Raya. Maaf zahir & batin.. dah balik tu jgn lupe nak dtg balik...Bawa la kuih2 raya.... Kim salam kat Ust2 & kengkwn Derang....

Sheeta dari Laputa said...

Selamat pulang ke Tanah Air.. (^_^)/ Tanah yang penuh kekalutan ini...

hakim dirani said...

Abu Muhammad,
hai, Abu Muhammad, puaasa pon lambat lagi nak habis dah ingat raya nampaknya! he he
apapon selamat berpuasa dan menyambut hari raya.

Marissa,
ya lah, rasanya ada juga kekalutan tu, tapi saya ja yang lebih kalut.

Bunga Rampai said...

Salam Hakim,

Wah, dah pun berada di tanah air!Alhamdulillah semuanya baik-baik.

Sementara bercuti ni, bolehlah belajar masak sup dan buat kuih :P

Kita berada di sepuluh hari terakhir Ramadhan. Semoga ibadah terus teguh dalam pencarian malam Lailatul Qadar.

hakim dirani said...

Bunga Rampai,
Ya,Syukurlah sampai juga saya tanahair.

nak perkemaskan masakan saya ialah antara perkara yang saya senaraikan apa yang wajib saya buat. hehe.

mudah mudahan kita tergolong orang yang beruntung. orang yang dapat merasai nikmat lailatulqadr

macai_suci said...

Alhamdulillah kembali jua anta. Semoga kepulangan anta akan membawa sinar Islam yang gemilang.

Puteri said...

1- selamat pulang ke Malaysia!

2- same mcm abu muhd, "kuih raye dari sane takde ke"?

3- buah tgn utk sy takde? hehe..

4- Kalauj jumpa saye nnt.. tegur2 la.. sy dkt nilai ni.. dekat je.. hehe

pB said...

salam


selamat pulang ke tanah air ...


pulang untuk selama lamanya atau akan pergi lagi ??

hakim dirani said...

Macai Suci,
Syukran, tapi macam besar sangat permintaan tu. amin.

Puteri,
Hehe, hadiah xde lagi la. sory.
insyaAllah.

Pb,
InsyaAllah sementara sahaja.

Wan Syahida said...

Salam ziarah tuan pemilik blog...

Selamat Hari Raya Aidilfitri... Semoga riang berhari raya di tanah air... =)

p/s: kelakar la bab tertinggal kapal terbang sebab sibuk bersalam-salaman dengan sahabat2 tu.. ehehhe

Bunga Rampai said...

Salam Aidilfitri :)

Datang lagi ni, nak tengok kalau ada masakan yang Hakim masak :P

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.

hakim dirani said...

Syahidatul,
Tula kami pun bila fikir-fikir kembalik memang lawak juga.

Kak Rampai,
hehe masih tak bertambah la ilmu saya tu.

Puteri said...

hehe ;)

Unknown said...

salam~
padanlah bumi malaysia beseri2 je, ada anak syira balik msia:P

selamat begembira di tanah air, walaupun nyawanya sudah seperti nyawa2 ikan kn?

hakim dirani said...

Hazwani,
Nyawa2 ikan, kenapa?

Tawakkal said...

hai tak bagi tau pun yang kita jumpa di RFC Sungai Petani... malam tu kita makan berempat dengan ustaz Abu Khair